Aktivis Britain didakwa 'hilang' masih ditahan Israel, berdepan masalah kesihatan

LONDON - Keluarga aktivis Britain, Yvonne Ridley yang didakwa 'hilang' di penjara Israel mengesahkan wanita itu masih ditahan dan sedang 'berperang' dengan masalah kesihatannya.
Kenyataan itu dibuat selepas platform media sosial kecoh dengan berita kehilangannya selepas Ridley, 67, ditahan setelah kapal yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas Zionis.
"Beliau masih melancarkan mogok lapar dan dinafikan hak untuk pengambilan ubat-ubatan penting.
"Beliau masih kekal dengan pendiriannya untuk menentang kezaliman Israel. Bersama-sama kita doakan beliau. Mesej sokongan komuniti antarabangsa amat bermakna.
"Kami sedang menggerakkan usaha bagi menuntut pembebasannya," lapor The National memetik kenyataan ahli keluarganya pada Isnin.
Terdahulu, laporan media mendakwa keberadaan Ridley yang didakwa mengalami masalah kesihatan tidak diketahui setelah wanita itu sepatutnya dipindahkan ke Istanbul, namun tidak kelihatan ketika proses itu.
Ridley menerima layanan buruk dan diseksa di Penjara Ketziot yang turut menempatkan ratusan aktivis antarabangsa lain. - Agensi
Ringkasan AI
- Keluarga aktivis Britain, Yvonne Ridley yang didakwa 'hilang' di penjara Israel mengesahkan wanita itu masih ditahan dan sedang 'berperang' dengan masalah kesihatannya
- Kenyataan itu dibuat selepas platform media sosial kecoh dengan berita kehilangannya selepas Ridley ditahan setelah kapal yang menyertai misi Global Sumud Flotilla dipintas Zionis
- Beliau masih melancarkan mogok lapar dan dinafikan hak untuk pengambilan ubat-ubatan penting
- Beliau masih kekal dengan pendiriannya untuk menentang kezaliman Israel dan mesej sokongan komuniti antarabangsa amat bermakna
- Ridley menerima layanan buruk dan diseksa di Penjara Ketziot yang turut menempatkan ratusan aktivis antarabangsa lain
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

