Aktivis Britain 'hilang' di penjara Israel

LONDON - Aktivis yang juga wartawan Britain, Yvonne Ridley yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan hilang selepas ditahan di penjara Israel.
Media memetik kenyataan sumber pada Ahad melaporkan, Ridley, 67, sepatutnya dipindahkan dari Tel Aviv ke Istanbul, namun hilang tanpa jejak ketika proses tersebut.
"Keberadaannya ketika ini tidak diketahui," jelas laporan itu.
Difahamkan, wanita itu bersama aktivis antarabangsa yang lain ditempatkan di Penjara Ketziot dan dinafikan akses kepada ubat-ubatan.
Dia hanya diberikan akses kepada konsular pada Jumaat dan keadaan kesihatannya dikatakan amat membimbangkan.
"Keluarganya telah dimaklumkan tentang layanan buruk diterima Ridley. Zionis merampas bekalan ubatnya dan menggantikan dengan ubat lain. Tetapi, dia enggan mengambilnya," menurut laporan tersebut lagi.
Wanita itu bersama hampir 500 aktivis dan pempengaruh dari puluhan negara menyertai misi bersejarah GSF yang bertujuan mahu memecahkan kepungan haram di Genting Gaza, namun kapal mereka dipintas sejurus memasuki zon merah. - Agensi
Ringkasan AI
- Aktivis dan wartawan Britain, Yvonne Ridley, dilaporkan hilang selepas ditahan di penjara Israel
- Ridley, 67, seharusnya dipindahkan dari Tel Aviv ke Istanbul tetapi hilang ketika proses pemindahan
- Keberadaannya ketika ini tidak diketahui
- Ridley dinafikan akses kepada ubat-ubatan di Penjara Ketziot dan keadaan kesihatannya membimbangkan
- Dia bersama hampir 500 aktivis menyertai misi Global Sumud Flotilla untuk memecahkan kepungan di Genting Gaza tetapi kapal mereka dipintas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

