Permaisuri Johor hadiahkan lukisan kepada petugas kesihatan

Dr Norazam merakamkan penghargaan serta amat terharu atas keprihatinan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah menghadiahkan sebuah potret bagi menghargai komitmen serta tanggungjawab petugas perubatan.
Dr Norazam merakamkan penghargaan serta amat terharu atas keprihatinan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah menghadiahkan sebuah potret bagi menghargai komitmen serta tanggungjawab petugas perubatan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menghasilkan sebuah potret lukisan bertajuk Terima Kasih sebagai menghargai komitmen serta tanggungjawab petugas perubatan di semua hospital dan klinik seluruh negeri.

Karya indah penuh bererti Permaisuri itu diserahkan wakil Royal Press Office (RPO) kepada Pengarah Hospital Permai, Dr Norazam Harun di sini hari ini.

Menerusi potret lukisan tersebut tertulis kata motivasi "Kepada doktor, jururawat dan semua kakitangan di semua hospital dan klinik di Johor. Anda adalah wira kami." Daripada Ibrahim dan Zarith.

Dr Norazam merakamkan penghargaan dan terharu atas keprihatinan pasangan diraja Johor itu.

"Kami menjunjung kasih kepada Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah yang telah mengurniakan makanan dan kini sebuah lukisan pula. Kurniaan pasangan diraja menjadi pembakar semangat kepada kami semua, semoga wabak ini berakhir secepat mungkin, Insya-ALLAH.

"Kami mohon seluruh masayarakat mendoakan kami serta semua petugas di barisan hadapan supaya sentiasa sihat dan menjalankan tugas sebaiknya," katanya ketika ditemui.

Artikel Berkaitan: