Op Tapis Selangor: Dadah RM4.3 juta dirampas, 748 individu ditahan

Op Tapis banteras dadah di Selangor tahun ini yang dilaksanakan di lokasi hotspot antaranya jeti, ladang dan Felda berjaya menahan 748 orang dengan rampasan dadah bernilai lebih RM4.3 juta. Gambar hiasan
Op Tapis banteras dadah di Selangor tahun ini yang dilaksanakan di lokasi hotspot antaranya jeti, ladang dan Felda berjaya menahan 748 orang dengan rampasan dadah bernilai lebih RM4.3 juta. Gambar hiasan
A
A
A

HULU SELANGOR - Op Tapis banteras dadah di Selangor tahun ini yang dilaksanakan di lokasi hotspot antaranya jeti, ladang dan felda berjaya menahan 748 orang dengan rampasan dadah bernilai lebih RM4.3 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, Op Tapis telah dilaksanakan dua siri iaitu pada Mei dan September lalu.

"Siri pertama pada Mei dilaksanakan di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Serdang telah menahan 160 orang dengan rampasan dadah bernilai RM35,551, manakala siri kedua di seluruh Selangor melibatkan tangkapan 588 orang dan rampasan dadah kira-kira RM4.3 juta.

"Pelbagai dadah telah dirampas dan serbuan ini dilaksanakan juga hasil aduan serta maklumat orang awam," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor pada Isnin.

Beliau turut menegaskan bahawa operasi sedemikian akan diteruskan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, menangkap tokan serta memusnahkan pot penagihan.

Ujarnya, polis juga menyeru masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah.

Sebelum ini, Shazeli dilaporkan berkata, objektif utama Op Tapis adalah untuk mengesan serta menangkap pengedar dan penagih dadah, di samping menurunkan kadar indeks jenayah di Selangor.

Operasi ini juga dapat meningkatkan kadar pertuduhan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap penagih berulang.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Op Tapis banteras dadah di Selangor berjaya menahan 748 orang dengan rampasan dadah bernilai lebih RM4.3 juta
  • Operasi ini dilaksanakan dua siri pada Mei dan September dengan sasaran lokasi hotspot seperti jeti, ladang dan felda
  • Siri pertama menahan 160 orang di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Serdang manakala siri kedua 588 orang di seluruh Selangor
  • Serbuan ini berjaya berkat aduan serta maklumat dari orang awam
  • Operasi ini bertujuan untuk menangkap pengedar dan penagih dadah serta menurunkan kadar jenayah di Selangor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!