RBH Lekas Highway Ride: Beberapa laluan di LEKAS ditutup Sabtu, Ahad ini

Antara lokasi laluan terlibat dalam RBH Lekas Highway Ride 2025 (9th Edition).
Antara lokasi laluan terlibat dalam RBH Lekas Highway Ride 2025 (9th Edition).
A
A
A

SHAH ALAM – Beberapa laluan di Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat mulai Sabtu ini bagi memberi laluan kepada penganjuran RBH Lekas Highway Ride 2025 (9th Edition).

Ketua Polis Selangor, Datuk Pahlawan Shazeli Kahar berkata, penutupan jalan berkenaan akan bermula jam 5 petang Sabtu hingga 4 pagi Ahad bagi memastikan kelancaran acara serta keselamatan peserta dan pengguna jalan raya.

"Program berkenaan merupakan inisiatif pihak konsesi Lebuhraya LEKAS bagi mempromosikan perlumbaan basikal malam atau night ride di Malaysia dengan menggunakan keseluruhan laluan lebuh raya tersebut.

"Acara itu dijangka menarik penyertaan lebih 6,500 peserta dari dalam dan luar negara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, penganjuran kali ini menampilkan empat kategori perlumbaan membabitkan jarak 105 kilometer, 78 kilometer, 17 kilometer dan 12 kilometer yang disertai peserta lelaki, wanita, VIP serta kanak-kanak.

 

Antara lokasi laluan terlibat dalam RBH Lekas Highway Ride 2025 (9th Edition).
Antara lokasi laluan terlibat dalam RBH Lekas Highway Ride 2025 (9th Edition).

"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor akan menempatkan pegawai dan anggota di lokasi strategik bagi membantu mengawal lalu lintas dan memastikan keselamatan sepanjang acara berlangsung.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai khususnya pengguna lebuh raya dinasihatkan mengelakkan penggunaan laluan yang terlibat sepanjang tempoh penutupan serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak kesesakan dan kelewatan," katanya.

Menurutnya, peta laluan dan lokasi penutupan jalan yang melibatkan kawasan dalam negeri Selangor turut disediakan bagi rujukan orang awam.

"Kerjasama orang ramai dalam mematuhi arahan anggota polis di lapangan amat dihargai bagi menjamin kelancaran program ini," katanya.

Program dua hari itu akan bermula di Plaza Tol Kajang Selatan dan melalui beberapa kawasan termasuk Pajam Nilai, Mantin Lenggeng, Tol Setul, Seremban Temiang, Tol Ampangan serta Jelebu Seremban sebelum kembali semula ke plaza tol berkenaan.

 

 

Ringkasan AI

  • Beberapa laluan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan ditutup dan dilencongkan mulai Sabtu ini bagi RBH Lekas Highway Ride 2025
  • Penutupan jalan akan bermula jam 5 petang Sabtu hingga 4 pagi Ahad
  • Acara tersebut dijangka menarik penyertaan lebih 6,500 peserta dari dalam dan luar negara
  • Menampilkan empat kategori perlumbaan dengan jarak 105 kilometer, 78 kilometer, 17 kilometer dan 12 kilometer
  • Pengguna lebuh raya dinasihatkan mengelakkan penggunaan laluan yang terlibat dan merancang perjalanan lebih awal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!