Pemandu treler tersepit rempuh treler bawa muatan besi

Kenderaan dipandu mangsa merempuh treler membawa muatan besi di Kilometer 205.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada awal pagi Isnin.
Kenderaan dipandu mangsa merempuh treler membawa muatan besi di Kilometer 205.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada awal pagi Isnin.
A
A
A

MELAKA - Seorang pemandu treler cedera akibat tersepit selepas kenderaan berat dipandu merempuh bahagian belakang sebuah treler lain dalam kemalangan di Kilometer 205.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini pada awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun yang membawa muatan chipboard tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, siasatan awal mendapati lori yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Perak menuju ke Ayer Keroh manakala treler kedua dari arah Seremban ke Johor.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan dipandunya melanggar belakang treler yang membawa muatan besi.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit dan mengalami kecederaan di bahagian dada.

"Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Tambahnya, bagaimanapun pemandu treler berusia 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

“Kedua-dua kenderaan yang terlibat telah ditahan dan dibawa ke Balai Trafik Alor Gajah bagi tindakan lanjut. Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 10 LN166/59,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu treler cedera akibat tersepit selepas kenderaan berat dipandu merempuh treler lain di Kilometer 205.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Melaka
  • Kemalangan berlaku pada awal pagi Isnin kira-kira jam 6.30 pagi
  • Pemandu berusia 34 tahun tersebut membawa muatan chipboard
  • Mangsa hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler yang membawa muatan besi
  • Mangsa kemudian diselamatkan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!