Treler bawa kereta mewah terbakar di Lebuhraya Karak

BENTONG – Sebuah treler yang membawa muatan kenderaan mewah terbakar di Kilometer 39, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Bentong menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.40 malam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati treler jenis Scania milik sebuah syarikat membawa muatan kenderaan Toyota Harrier sebelum terbakar di bahagian bawah enjin.
“Api kemudiannya merebak ke keseluruhan lori tersebut dan kebakaran ini dipercayai berpunca daripada masalah enjin.
“Bagaimanapun, pemandu treler iaitu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian serta tidak menularkan maklumat yang tidak benar.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

