Penduduk gempar jumpa mayat tepi tangga apartmen

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KLANG - Penduduk di sebuah apartmen sekitar Bukit Tinggi gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki di tangga apartmen itu semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu menerusi panggilan kecemasan yang diterima pada jam 7.49 pagi.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan bersama bantuan daripada Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.

"Mangsa berusia 36 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan muka menghadap ke tangga dan hanya berseluar pendek serta tidak berkasut.

"Terdapat tompokan darah yang agak banyak di bahagian muka dan tubuh mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Shamsul berkata, hasil semakan pihaknya mendapati mangsa mempunyai dua rekod lampau bersabit kes dadah.

"Hasil bedah siasat juga mendapati kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan parah di bahagian kepala," katanya.

Dalam perkembangan sama, Shamsul berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan turut berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 27 tahun di Setapak, Kuala Lumpur semalam.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, menerusi siasatan awal, suspek berkenaan turut mengaku terlibat dalam kes tersebut.

"Motif kejadian dipercayai akibat salah faham dan mabuk selepas minum arak bersama di rumah mangsa," katanya.