Gelombang protes pro-Palestin landa Eropah

ROM – Ratusan ribu penunjuk perasaan di seluruh blok Eropah menyertai protes anti-Israel sebagai simbol solidariti terhadap Palestin pada Sabtu, ketika gelombang sokongan komuniti antarabangsa semakin meningkat selepas perang genosid di Gaza berlarutan selama dua tahun.
Di Rom, peserta protes berhimpun untuk hari keempat berturut-turut selepas Israel memintas puluhan kapal yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF), sekali gus menggagalkan usaha aktivis antarabangsa memecahkan kepungan maritim di Gaza.
Mereka turut melaungkan slogan “Bebaskan Palestin” dan “Hentikan genosid” ketika berhimpun di tengah ibu kota Itali itu.
Di Barcelona, kira-kira 70,000 penunjuk perasaan berarak di jalan utama, manakala ribuan lagi di Dublin turut membantah kempen pengeboman berterusan di wilayah Gaza.
Guru sekolah rendah, Jordi Bas, yang mengibarkan bendera Palestin berkata, beliau tidak terkejut dengan jumlah peserta protes yang semakin meningkat.
“Orang ramai mula membuka mata dan bersama-sama menzahirkan perpaduan dengan Palestin,” ujarnya.
Perhimpunan sama diadakan di Perancis dan disertai kira-kira 10,000 demonstran.
Difahamkan, Sepanyol dan Ireland antara pengkritik lantang terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin, yang turut menyaksikan lonjakan perhimpunan dan protes anti-Zionis di seluruh Eropah. – Agensi
Ringkasan AI
- Ratusan ribu penunjuk perasaan di blok Eropah menyertai protes anti-Israel sebagai simbol solidariti dengan Palestin
- Protes terus berhimpun di Rom selama empat hari berturut-turut setelah Israel memintas kapal Global Sumud Flotilla
- Peserta melaungkan slogan 'Bebaskan Palestin' dan 'Hentikan genosid'
- Kira-kira 70,000 berarak di Barcelona dan Dublin membantah kempen pengeboman di wilayah Gaza
- Perhimpunan di Perancis disertai kira-kira 10,000 demonstran, dengan Sepanyol dan Ireland sebagai pengkritik lantang Zionis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

