10 negara bersatu dalam flotilla solidariti Palestin

Itali menjadi antara nadi protes global apabila lebih dua juta orang memenuhi jalan raya di seluruh negara.
Itali menjadi antara nadi protes global apabila lebih dua juta orang memenuhi jalan raya di seluruh negara.
A
A
A

GELOMBANG solidariti terhadap Global Sumud Flotilla telah mencetuskan demonstrasi di pelbagai negara di seluruh dunia. Ribuan peserta turun ke jalan raya untuk menyuarakan sokongan terhadap misi berkenaan dan menuntut tindakan antarabangsa yang lebih tegas terhadap Israel yang menahan pasukan itu.

Perhimpunan ini berlaku hampir serentak di beberapa benua, mencerminkan kebersamaan masyarakat global dalam mendepani isu berkenaan. Berikut merupakan 10 negara yang bersolidariti buat mereka.

1-Itali

Negara ini menjadi antara nadi protes global apabila lebih dua juta orang memenuhi jalan raya di seluruh negara. Di Rom sahaja, hampir 300,000 peserta berarak sambil menggesa kerajaan mereka dan Kesatuan Eropah mengambil pendirian keras terhadap Israel, di samping menuntut supaya misi kemanusian di Gaza dibela.

2-Sepanyol

Suasana di negara ini turut membara apabila Barcelona, Madrid dan beberapa bandar lain bergema dengan laungan ribuan hingga puluhan ribu penunjuk perasaan. Mereka membawa bendera Palestin serta menuntut kerajaan Sepanyol mendesak sekutu Eropah menghentikan sokongan politik terhadap Israel sekali gus mendesak pembebasan pasukan kemanusian flotilla

No Image Caption

3-Greece

Artikel Berkaitan:

Di Athens dan bandar pelabuhan Greece tidak ketinggalan menyaksikan ribuan rakyat berhimpun di dataran Syntagma dan kawasan dermaga. Mereka berarak sambil menegaskan bahawa pelabuhan negara itu tidak harus menjadi alat untuk mengekang solidariti kemanusiaan ke Gaza.

4-Tunisia

Di dunia Arab, Tunisia tampil sebagai antara suara terawal. Sejak awal September lagi, ribuan rakyat berkumpul di dermaga Tunis bagi menyokong pelayaran flotilla, dan pada 2 hingga 3 Oktober, jumlah mereka semakin besar. Laungan menuntut agar negara Arab bergabung tenaga menghantar bantuan ke Gaza kedengaran kuat, menjadikan Tunis simbol sokongan serantau terhadap Palestin.

No Image Caption

5-Jerman

Di Berlin menjadi tumpuan apabila sekitar ratusan orang berhimpun di Alexanderplatz.Sepanduk menuntut penamatan keganasan Israel berkibar di udara, sementara kumpulan lain turut mengadakan solidariti di beberapa bandar besar seperti Frankfurt dan Hamburg.

6-Turkiye

Ribuan rakyat Turkiye membanjiri Istanbul. Mereka memenuhi kawasan sekitar konsulat Israel, membawa bendera Palestin dan menuntut Ankara meningkatkan tekanan diplomatik. Jeritan 'Hentikan Keganasan Israel' bergema menunjukkan betapa kuatnya sentimen solidariti dalam kalangan rakyat Turkiye.

No Image Caption

7-Belgium

Brussels menyaksikan salah satu perhimpunan terbesar di Eropah Barat. Puluhan ribu peserta berarak berhampiran bangunan Parlimen dan institusi Kesatuan Eropah, mendesak badan itu berhenti menjadi 'penonton' dan sebaliknya mengambil langkah konkrit menekan Israel.

8-United Kingdom

Di London, ribuan orang turun ke Whitehall dan berhimpun di hadapan Kedutaan Israel. Mereka melaungkan tuntutan agar kerajaan Britain menghentikan sokongan ketenteraan dan diplomatik kepada Israel serta mendesak gencatan senjata segera dan menuntut pembebasan tahanan flotilla.

9-Argentina

Di Buenos Aires, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di sekitar kedutaan Israel. Mereka berarak melalui dataran utama sambil membawa kain rentang menuntut kerajaan Argentina berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan pasukan misi kemanusian.

10-Amerika Syarikat

Di New York, Los Angeles dan Seattle, ratusan hingga ribuan peserta memenuhi jalan. Mereka berkumpul di hadapan bangunan kerajaan, universiti dan konsulat, menuntut Washington menghentikan bantuan ketenteraan kepada Israel selain menuntut pembebasan pasukan kemanusian flotilla di Gaza.

No Image Caption

 

Ringkasan AI

  • GELOMBANG solidariti terhadap Global Sumud Flotilla telah mencetuskan demonstrasi di pelbagai negara
  • Ribuan peserta turun ke jalan raya menyuarakan sokongan terhadap misi ini dan menuntut tindakan lebih tegas terhadap Israel
  • Perhimpunan berlangsung hampir serentak di beberapa benua, mencerminkan kebersamaan masyarakat global
  • Di antara negara yang berpartisipasi adalah Itali, Sepanyol, Greece, Tunisia, dan Jerman
  • Aksi solidariti juga dilakukan di Turkiye, Belgium, United Kingdom, Argentina, dan Amerika Syarikat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!