Laungan Free Palestin, Jahanam Amerika bergema

KUALA LUMPUR – Laungan “Free Palestin” serta “Jahanam Amerika” bergema sebagai tanda protes terhadap sekatan misi Global Sumud Flotilla (GSF) berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak di sini, pada Jumaat.
Kumpulan orang ramai yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang politik dilihat mula berkumpul bermula jam 2.30 petang.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati para peserta membawa plakad dan paparan gambar rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi GSF.
Media sebelum itu melaporkan seramai 201 aktivis kemanusiaan dari 36 negara, termasuk 12 rakyat Malaysia, yang menyertai misi GSF ditahan oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF) dalam satu insiden tegang di perairan antarabangsa awal pagi Khamis.
Ringkasan AI
- Laungan "Free Palestin" dan "Jahanam Amerika" bergema sebagai tanda protes terhadap sekatan misi Global Sumud Flotilla berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur
- Kumpulan orang ramai dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang politik berkumpul bermula jam 2.30 petang
- Peserta membawa plakad dan paparan gambar rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi GSF
- Seramai 201 aktivis kemanusiaan dari 36 negara, termasuk 12 rakyat Malaysia, yang menyertai misi GSF ditahan oleh Tentera Pertahanan Israel
- Insiden tegang berlaku di perairan antarabangsa awal pagi Khamis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

