Itali lumpuh dilanda mogok sokong flotila Gaza

Ratusan orang mengambil bahagian dalam protes di Milan sebagai tanda solidariti terhadap Palestin dan mengutuk penahanan Global Sumud Flotilla oleh tentera Israel. Foto AFP
Ratusan orang mengambil bahagian dalam protes di Milan sebagai tanda solidariti terhadap Palestin dan mengutuk penahanan Global Sumud Flotilla oleh tentera Israel. Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Puluhan ribu rakyat Itali turun ke jalan raya pada Jumaat menyertai mogok umum anjuran kesatuan sekerja CGIL bersama kesatuan akar umbi, sekali gus mengganggu operasi pelabuhan, perkhidmatan kereta api dan lebuh raya sebagai tanda solidariti terhadap Global Sumud Flotilla dan rakyat Gaza.

Menurut laporan Anadolu Ajansi memetik agensi berita Itali, Rai, CGIL mendakwa 100,000 orang menyertai protes di Milan, walaupun polis menganggarkan jumlahnya lebih 50,000.

Para penunjuk perasaan memenuhi Piazza Leonardo Da Vinci sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan "Free Palestine".

Seorang penunjuk perasaan pro-Palestin dilihat mengibarkan bendera Palestin di hadapan pasukan polis semasa protes yang berlangsung di lebuhraya Milan. Foto AFP
Seorang penunjuk perasaan pro-Palestin dilihat mengibarkan bendera Palestin di hadapan pasukan polis semasa protes yang berlangsung di lebuhraya Milan. Foto AFP

Di Genoa, kira-kira 40,000 orang berarak dari terminal feri ke pusat bandar, manakala sekurang-kurangnya 10,000 berhimpun di Brescia.

Ribuan lagi bertindak menyekat plaza tol lebuh raya A4 di Vicenza. Di Venice, perarakan turut memutuskan akses ke pusat bersejarah bandar itu.

Sekumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin berarak di lebuhraya Milan untuk menyuarakan bantahan terhadap penahanan Global Sumud Flotilla oleh tentera Israel. Foto AFP
Sekumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin berarak di lebuhraya Milan untuk menyuarakan bantahan terhadap penahanan Global Sumud Flotilla oleh tentera Israel. Foto AFP

Artikel Berkaitan:

Di Rom, penunjuk perasaan berarak dari Piazza Vittorio ke stesen Termini dengan membawa kain rentang bertulis 'Stop the genocide, we are all Global Sumud Flotilla'.

Stesen utama ibu negara Itali itu melaporkan pembatalan serta kelewatan perjalanan sehingga 80 minit.

Sementara itu, pelabuhan Livorno dan Salerno turut lumpuh akibat sekatan. - Bernama-Anadolu

 

 

Ringkasan AI

  • Puluhan ribu rakyat Itali turun ke jalan raya menyertai mogok umum sebagai solidariti kepada Global Sumud Flotilla dan Gaza
  • CGIL mendakwa seramai 100,000 orang menyertai protes di Milan
  • Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan "Free Palestine"
  • Mogok mengganggu operasi pelabuhan, perkhidmatan kereta api dan lebuh raya di beberapa kawasan
  • Stesen utama di Rom melaporkan pembatalan dan kelewatan perjalanan sehingga 80 minit

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!