Yemen 'kirim' peluru berpandu ke Israel

Serangan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan Houthi. - Agensi
Serangan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan Houthi. - Agensi
A
A
A

TEL AVIV – Tentera Udara Israel (IAF) telah memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman awal pagi Ahad, selepas siren serangan udara berbunyi di seluruh wilayah tengah dan selatan Israel memaksa ratusan ribu penduduk bergegas ke tempat perlindungan.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel mengesahkan bahawa sistem pertahanan udara bertindak segera selepas mengesan pelancaran peluru berpandu dari arah Yaman.

“Berikutan siren yang berbunyi sebentar tadi di beberapa kawasan di Israel, sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman telah berjaya dipintas oleh Tentera Udara Israel. Siren dibunyikan mengikut prosedur keselamatan,” katanya.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) turut memaklumkan bahawa sistem pertahanan telah mengesan ancaman sejak awal dan mengambil tindakan segera untuk mengesan sasaran tersebut di ruang udara sebelum ia memasuki kawasan penempatan.

Tiada sebarang laporan kecederaan atau kerosakan diterima setakat ini, namun penduduk diarahkan terus mematuhi arahan keselamatan oleh Komando Bahagian Dalam Negeri ketika amaran serangan dikeluarkan.

Serangan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan Houthi yang disokong Iran, yang sejak kebelakangan ini meningkatkan serangan peluru berpandu dan dron ke arah Israel sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Insiden terbaharu ini menandakan peningkatan ketegangan rentas sempadan yang berterusan di rantau itu sejak konflik Gaza meletus setahun lalu. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tentera Udara Israel memintas peluru berpandu dari Yemen
  • Siren serangan udara berbunyi di wilayah tengah dan selatan Israel
  • Sistem pertahanan udara Israel bertindak selepas mengesan peluru berpandu
  • Tiada laporan kecederaan atau kerosakan diterima
  • Serangan dipercayai dilakukan oleh kumpulan Houthi yang disokong Iran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!