Greta Thunberg dihina, diseret dan dipaksa cium bendera Israel

ISTANBUL - Beberapa aktivis antarabangsa Global Sumud Flotilla yang dilepaskan selepas ditahan Israel mendakwa pasukan keselamatan Zionis menghina dan memperlakukan aktivis iklim terkenal, Greta Thunberg secara kasar.
Wartawan Turkiye yang turut menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Ersin Celik memberitahu media tempatan bahawa beliau menyaksikan sendiri bagaimana Greta diseksa tentera Israel.
Jelasnya, aktivis itu diseret di atas tanah dan dipaksa mencium bendera Israel.
Seramai 137 aktivis yang diusir dari Israel mendarat di Istanbul pada Sabtu, termasuk 36 warganegara Turkiye serta aktivis dari Malaysia, Amerika Syarikat, Itali, Kuwait, Switzerland, Tunisia, Libya, Jordan dan beberapa negara lain.
Sementara itu, aktivis Malaysia, Hazwani Helmi turut menyatakan perkara sama selain Greta dipaksa berjalan sambil dijulang dengan bendera Israel.
“Ia benar-benar teruk. Mereka layan kami seperti haiwan. Tahanan dinafikan makanan, air bersih dan ubat-ubatan," ujar beliau.
Bagi sukarelawan dari Amerika Syarikat, Windfield Beaver, Greta diperlakukan dengan sangat teruk dan dijadikan bahan propaganda Israel.
Sementara itu, wartawan Itali Agostino, turut menyokong dakwaan itu dengan menyatakan Greta dihina, dibalut dengan bendera Israel dan dipamerkan seperti trofi.
Ringkasan AI
- Beberapa aktivis antarabangsa, termasuk Greta Thunberg, dilepaskan selepas ditahan Israel
- Aktivis itu diseret di atas tanah dan dipaksa mencium bendera Israel
- Seramai 137 aktivis dari berbagai negara termasuk Malaysia diusir dari Israel
- Tahanan dinafikan makanan, air bersih dan ubat-ubatan
- Greta Thunberg diperlakukan sebagai bahan propaganda oleh Israel, dihina dan dipamerkan seperti trofi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

