SNCC rancang misi gelombang kedua melalui darat bawa bantuan ke Gaza

Sani Araby ketika sidang media di Mapim Central Warehouse, Sepang pada Sabtu.
Sani Araby ketika sidang media di Mapim Central Warehouse, Sepang pada Sabtu.
A
A
A

SEPANG - Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) sedang merancang pelaksanaan Misi Gelombang Kedua Sumud Nusantara yang akan menumpukan kepada penghantaran konvoi bantuan darat ke Gaza di bawah bendera Malaysia Jalur Gemilang.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim berkata, misi tersebut akan digerakkan dengan sokongan penuh pelbagai pihak khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya koridor kemanusiaan Rafah dibuka selepas genjatan senjata diumumkan.

"SNCC sedang membuat persediaan untuk gelombang kedua yang akan diatur gerakkan dengan dokongan Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri serta kerajaan Malaysia untuk konvoi bantuan darat besar-besaran di bawah bendera Malaysia Jalur Gemilang ke sekiranya koridor kemanusiaan Rafah dibuka selepas berlakunya genjatan.

"Ini adalah mesej khas saya untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah dan terus mencari keamanan, mendokong pembebasan serta misi Sumud Nusantara dan Global Sumud Flotilla (GSF)," katanya.

Menurut beliau, GSF menjadi saksi dan bukti sejarah yang membangkitkan gelombang kebersamaan rakyat Malaysia dalam mendokong perjuangan Palestin tanpa tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman.

“Titik susah senang yang kita lalui dan tangisan yang mengiringinya membuktikan kita semua mempunyai satu persamaan iaitu Malaysia bersama untuk berbuat kebaikan.

"Sesungguhnya Malaysia kita memiliki dan daya tersendiri untuk membebaskan dasar dan Palestin hingga merdeka," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • SEPANG - Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) merancang Misi Gelombang Kedua Sumud Nusantara untuk hantaran konvoi bantuan darat ke Gaza
  • Misi ini dikerakkan dengan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya koridor kemanusiaan Rafah dibuka pasca genjatan senjata
  • Konvoi bantuan besar-besaran akan dihantar di bawah bendera Malaysia Jalur Gemilang
  • GSF menunjukkan solidariti rakyat Malaysia dalam perjuangan Palestin tanpa mengira bangsa atau agama
  • Misi ini menekankan Malaysia berusaha keras dalam membantu pembebasan dan kemerdekaan Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!