Israel adakan perbicaraan pengusiran aktivis flotilla bantuan ke Gaza - Pusat undang-undang

Bot dari Flotilla Sumud Global yang dipintas oleh tentera Israel di laut Mediterranean di luar perairan Semenanjung Gaza, tiba di pelabuhan selatan Ashdod. Foto AFP
Bot dari Flotilla Sumud Global yang dipintas oleh tentera Israel di laut Mediterranean di luar perairan Semenanjung Gaza, tiba di pelabuhan selatan Ashdod. Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Pihak berkuasa Israel pada Khamis mula mengadakan perbicaraan pengusiran terhadap aktivis yang ditahan daripada flotilla bantuan antarabangsa menuju ke Semenanjung Gaza yang dikepung, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik kenyataan sebuah pusat undang-undang.

Dalam satu kenyataan, Adalah, pusat undang-undang pertama yang dikendalikan oleh rakyat Arab Palestin di Israel memaklumkan yang ia menerima panggilan daripada peserta flotilla yang melaporkan pegawai imigresen memulakan sesi perbicaraan berkaitan penahanan dan perintah pengusiran mereka di Pelabuhan Ashdod, sejurus selepas pasukan tentera laut Israel menggempur puluhan kapal flotila lewat Rabu dan awal pagi Khamis.

"Proses ini dimulakan tanpa sebarang notis awal kepada peguam mereka dan dalam masa yang sama menafikan akses peserta kepada khidmat guaman,” kata Adalah.

Ia menyifatkan tindakan itu sebagai "pelanggaran serius terhadap proses keadilan dan penafian hak asasi peserta”, sambil menegaskan yang mereka akan terus berusaha mendapatkan akses undang-undang dan mengambil tindakan perundangan jika perlu.

Adalah kemudian memaklumkan yang pasukan guamannya berjaya memasuki pelabuhan untuk bertemu dengan aktivis yang ditahan selepas sebelum itu dinafikan akses oleh pihak berkuasa Israel. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pihak berkuasa Israel mula mengadakan perbicaraan pengusiran terhadap aktivis dari flotilla bantuan ke Gaza
  • Proses perbicaraan dimulakan tanpa notis awal kepada peguam aktivis dan menafikan akses kepada khidmat guaman
  • Adalah, pusat undang-undang Arab Palestin, menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran terhadap proses keadilan
  • Adalah berusaha mendapatkan akses undang-undang dan akan mengambil tindakan perundangan
  • Pasukan guamannya berjaya memasuki pelabuhan untuk bertemu dengan aktivis yang ditahan selepas dinafikan akses

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!