Warga emas hilang ditemui lemas dalam longkang depan rumah

Seorang wanita warga emas berusia 88 tahun ditemui lemas di dalam longkang di Kampung Pida 12 Lama, dekat Jitra pada Sabtu. FOTO: ihsan JBPM Kedah
Seorang wanita warga emas berusia 88 tahun ditemui lemas di dalam longkang di Kampung Pida 12 Lama, dekat Jitra pada Sabtu. FOTO: ihsan JBPM Kedah
A
A
A

JITRA - Misteri kehilangan seorang wanita warga emas sejak Jumaat terungkai apabila jasadnya ditemui lemas di dalam longkang besar berhampiran rumahnya di Kampung Pida 12 Lama, di sini pada Sabtu.

Mangsa berusia 88 tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam longkang berkenaan sebelum ditemui timbul oleh orang awam pada tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat tersebut pada pukul 1.46 tengah hari.

“Komander operasi memaklumkan jentera bomba menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kerana laluan yang agak sempit.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota kami mendapati mayat wanita itu sudah timbul di dalam longkang besar di hadapan rumahnya.

"Mangsa kemudian dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini pada Sabtu.

Menurutnya, mangsa dilaporkan hilang sejak Jumaat sebelum usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Misteri kehilangan seorang wanita warga emas di Kampung Pida 12 Lama terungkai apabila jasadnya ditemui lemas di dalam longkang
  • Mangsa berusia 88 tahun dipercayai terjatuh ke dalam longkang tersebut
  • Pihak Bomba dan Penyelamat Jitra menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat mangsa
  • Tim bomba menghadapi kesukaran ke lokasi kerana laluan sempit
  • Mangsa dilaporkan hilang sejak Jumaat sebelum ditemukan lemas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!