Mangsa kemalangan dilapor hilang, ditemui berseluar dalam tepi jalan

Mangsa kemalangan yang dilapor hilang ditemui hanya berseluar dalam di tepi jalan.
Mangsa kemalangan yang dilapor hilang ditemui hanya berseluar dalam di tepi jalan.
A
A
A

KULIM - Mangsa kemalangan yang dilaporkan hilang selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Jalan Batu Puteh-Labu Besar dekat sini semalam ditemukan selamat pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Zulkifli Azizan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Solehin Abd Latif, 28, ditemukan pada 8.40 pagi kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

"Ketika anggota membuat rondaan di lokasi kemalangan pada 8 pagi tadi, seorang lelaki berusia 39 tahun memaklumkan ada seorang individu yang hanya berseluar dalam berada di tepi jalan Batu Puteh menghala ke Labu Besar.

"Berpandukan maklumat berkenaan, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terus ke lokasi dan mengesahkan lelaki itu adalah mangsa yang dicari," katanya kepada Bernama hari ini.

Mangsa dilaporkan hilang selepas kereta jenis Perodua Kancil dipandunya terbabit kemalangan dan ditemukan terbakar di dalam longkang
Mangsa dilaporkan hilang selepas kereta jenis Perodua Kancil dipandunya terbabit kemalangan dan ditemukan terbakar di dalam longkang

Beliau berkata, mangsa yang ditemukan dengan sedikit kesan calar pada badan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob sebelum diserahkan kepada keluarganya dengan SAR ditamatkan 10 pagi tadi.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas kereta jenis Perodua Kancil dipandunya terbabit kemalangan dan ditemukan terbakar di dalam longkang di bahu jalan, dalam kejadian 5.30 pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan keluar bersendirian dan hanya dompet, kad pengenalan serta telefon miliknya ditemukan di tempat kejadian dengan keluarganya turut membuat pencarian di hospital terdekat namun gagal menemukan lelaki itu. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!