X

Kindly register in order to view this article
!

Ketua Polis Kemaman dikuarantin disyaki Covid-19 - Roslee

Roslee (kiri) sewaktu membuat pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan di Kelulut, Marang di sini hari ini
A
A

MARANG - Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan merupakan antara lapan pegawai dan anggota polis yang kini dikuarantin kerana disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, kesemua mereka dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman itu kini dikuarantin di rumah masing-masing bermula semalam.

Menurutnya, mereka terpaksa dikuarantin selama dua minggu kerana mempunyai kontak rapat dengan salah seorang isteri kepada anggota yang bertugas di Hospital Kemaman.

“Isteri anggota itu kini dirawat di Hospital Kemaman setelah disahkan positif Covid-19 manakala lapan pegawai dan anggota itu dikuarantin di rumah.

"Bagaimanapun setakat ini tiada pegawai dan anggota kita yang positif,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan di Kelulut di sini hari ini.

Datuk Roslee Chik
Datuk Roslee Chik

Sementara itu, mengenai kadar jenayah, Roslee berkata, jumlah laporan polis yang dibuat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan turun mendadak sehingga 50 peratus.

Katanya, kadar jenayah menurun antara 25 hingga 35 peratus termasuk kes kecurian dan jenayah kekerasan.

"Kita juga tidak menerima sebarang laporan palsu berkaitan Covid-19 setakat ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus