Ribuan doktor sahut rayuan kerajaan Itali

Kelihatan ambulans di luar sebuah bangunan yang menunggu pesakit di Rom, Itali. - Foto Xinhua
Kelihatan ambulans di luar sebuah bangunan yang menunggu pesakit di Rom, Itali. - Foto Xinhua
A
A
A

ROM - Hampir 8,000 doktor pelbagai peringkat umur menyahut rayuan kerajaan Itali untuk menyertai pasukan petugas khas bagi membantu pihak hospital berjuang memerangi wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

Doktor dan jururawat bertungkus lumus sejak wabak mula dikesan untuk membantu ribuan penduduk dijangkiti virus maut itu.

Itali negara paling teruk terjejas di dunia menyaksikan angka korban sebanyak 4,825 dan lebih 42,000 kes, menurut data terkini.

Doktor dan jururawat turut memperjudikan nyawa mereka demi menyelamatkan orang lain, setakat ini sekurang-kurangnya 18 doktor menjadi korban.

Wabak Covid-19 menyaksikan sistem penjagaan kesihatan Itali yang sebelum ini efisien hampir runtuh, memaksa kerajaan mewujudkan pasukan petugas tambahan dianggotai 300 doktor untuk berkhidmat di barisan hadapan. Sambutan amat menggalakkan dengan jumlah keseluruhan 7,923 permohonan diterima.

"Kami amat terharu dengan sambutan yang diberikan: doktor pelbagai peringkat umur, belia hingga yang berusia 80 tahun bersama-sama berganding bahu untuk berkhidmat di barisan hadapan," kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Francesco Boccia.

Pihak kerajaan sebelum ini menyasarkan hanya kira-kira 100 sukarelawan. - Bernama

Artikel Berkaitan: