Kes kepung, tendang Myvi: 11 lelaki dibebaskan dengan jaminan polis

Laporan Sinar Harian berhubung pengawal keselamatan dikepung 20 penunggang motosikal (Gambar kecil: Muhamad Farid)
Laporan Sinar Harian berhubung pengawal keselamatan dikepung 20 penunggang motosikal (Gambar kecil: Muhamad Farid)
A
A
A

SERDANG – Seramai 11 lelaki yang ditahan berkaitan kes sekumpulan penunggang motosikal mengejar dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi pada Ahad lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua lelaki tempatan berusia antara 13 hingga 21 tahun diberi jamin polis setelah tempoh reman mereka tamat pada Jumaat.

"Kesemua lelaki yang ditahan itu sudah diberi jamin polis. Kertas siasatan kini berada di Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Selangor, kita masih menunggu keputusan untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Khamis, media melaporkan kertas siasatan berhubung penunggang motosikal mengejar dan menendang Perodua Myvi berhampiran Plaza Tol Puchong Batu 13 itu telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan polis menahan sembilan lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun berhubung kes tersebut.

Muhamad Farid dilaporkan berkata, enam daripada suspek adalah remaja bawah umur dengan kesemua mereka ditahan di sekitar Puchong dan Shah Alam bagi membantu siasatan.

Media turut melaporkan pada Rabu, dua lagi remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam insiden mengejar dan menendang kereta berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 11 lelaki ditahan berkaitan kes sekumpulan penunggang motosikal mengejar dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi
  • Kesemua lelaki tempatan berusia antara 13 hingga 21 tahun dibebaskan dengan jaminan polis
  • Kertas siasatan kini berada di Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, menunggu keputusan untuk tindakan selanjutnya
  • Pada Khamis, kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya
  • Enam daripada suspek adalah remaja bawah umur, ditahan di sekitar Puchong dan Shah Alam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!