Sembilan penunggang motosikal ditahan kes kepung, serang pemandu Myvi

Video tular 20 penunggang motosikal yang bertindak ganas mengepung, menumbuk dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi.
Video tular 20 penunggang motosikal yang bertindak ganas mengepung, menumbuk dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi.
A
A
A

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Seramai sembilan lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes 20 penunggang motosikal yang bertindak mengejar dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi berhampiran Plaza Tol Batu 13 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua individu berusia 13 hingga 21 tahun itu ditahan di Puchong dan Shah Alam.

"Sembilan lelaki termasuk enam suspek di bawah umur ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam insiden itu.

"Kita turut merampas tiga buah motosikal, kesemua individu itu akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan," katanya Salam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan polis memburu 20 penunggang motosikal yang disyaki terbabit dalam insiden itu.

Dalam insiden cemas itu, pemandu kereta terbabit, seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun, terpaksa menahan detik ketakutan apabila dikepung kumpulan samseng jalanan berkenaan.

Muhamad Farid dilaporkan berkata, mangsa tampil membuat laporan polis sejurus selepas kejadian kira-kira jam 4 pagi itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Menerusi rakaman berdurasi 29 saat itu, kereta dipandu pengadu dikelilingi sekumpulan penunggang motosikal.

Artikel Berkaitan:

Dalam rakaman itu, motosikal dilihat bergerak rapat di kedua-dua sisi dan hadapan kereta seolah-olah cuba mengepung serta menghalang laluan kenderaan berkenaan.

Seorang daripada penunggang motosikal turut dilihat menumbuk cermin bahagian pemandu sebelum menendang pintu di bahagian sama, menyebabkan pemandu memperlahankan kereta bagi mengelak insiden lebih buruk.

 

 

Ringkasan AI

  • Sembilan lelaki ditahan berkaitan kes 20 penunggang motosikal mengepung dan menyerang kereta di Serdang
  • Individu yang ditahan berusia antara 17 hingga 21 tahun, ditangkap di Puchong dan Shah Alam
  • Tiga buah motosikal dirampas, individu ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman
  • Insiden tersebut melibatkan seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun sebagai pemandu kereta yang dikepung
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!