Trump tetapkan tarikh akhir Ahad untuk Hamas terima cadangan gencatan senjata

Trump menetapkan Ahad sebagai tarikh akhir bagi Hamas menerima cadangan gencatan senjata dan pertukaran tahanan.
Trump menetapkan Ahad sebagai tarikh akhir bagi Hamas menerima cadangan gencatan senjata dan pertukaran tahanan.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menetapkan Ahad sebagai tarikh akhir bagi Hamas menerima cadangan gencatan senjata serta pertukaran tahanan, lapor Anadolu Ajansi.

Trump dalam hantaran di platform media sosialnya, Truth Social pada Jumaat berkata, Hamas mesti menerima perjanjian itu selewat-lewatnya 6 petang waktu Timur (2200GMT) Ahad ini.

Israel mengekalkan sekatan ke atas Gaza yang dihuni hampir 2.4 juta penduduk selama hampir 18 tahun.

Sekatan itu diperketatkan lagi pada Mac lalu apabila rejim Israel menutup lintasan sempadan serta menyekat penghantaran makanan dan ubat-ubatan, menyebabkan wilayah berkenaan berdepan kebuluran.

Sejak Oktober 2023, serangan Israel meragut hampir 66,300 nyawa penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia berulang kali memberi amaran bahawa Gaza kini berada pada tahap hampir tidak lagi sesuai didiami, dengan kebuluran serta penyakit merebak pantas di tengah-tengah perpindahan penduduk secara besar-besaran. - Bernama-Anadolu

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Presiden AS Donald Trump menetapkan Ahad sebagai tarikh akhir bagi Hamas menerima cadangan gencatan senjata dan pertukaran tahanan
  • Trump menyatakan Hamas mesti menerima perjanjian itu selewat-lewatnya 6 petang waktu Timur Ahad ini
  • Israel mengekalkan sekatan ke atas Gaza selama hampir 18 tahun
  • Sekatan diperketatkan lagi pada Mac lalu, menyebabkan kebuluran di Gaza akibat penutupan lintasan sempadan dan sekatan makanan serta ubat-ubatan
  • Serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meragut hampir 66,300 nyawa penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!