Pemindahan paksa di Bandar Gaza: Zionis beri amaran terakhir

Perjalanan penduduk Palestin ke selatan makin sukar susulan penutupan laluan di tengah wilayah itu.
Perjalanan penduduk Palestin ke selatan makin sukar susulan penutupan laluan di tengah wilayah itu.
A
A
A

NUSEIRAT - Menteri Pertahanan Israel mengeluarkan amaran terakhir untuk pemindahan paksa di Bandar Gaza, beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pelan damai berat sebelah untuk menghentikan perang genosid di wilayah itu.

“Ini adalah peluang terakhir untuk penduduk Palestin berpindah ke selatan. Mereka yang berdegil akan dianggap sebagai sekutu Hamas,” ujar Israel Katz menerusi platform X pada Rabu.

Menurutnya, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sudah mengambil alih Koridor Netzarim di tengah Gaza yang menyekat akses kawasan utara dari selatan.

Sementara itu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memberitahu, hujan peluru yang semakin sengit di Bandar Gaza memaksa ia menghentikan sementara segala aktiviti yang dikhuatiri memburukkan lagi krisis kemanusiaan di kawasan tersebut.

Difahamkan, beberapa agensi bantuan antarabangsa masih beroperasi seperti biasa meskipun badan perubatan seperti Doctors Without Borders (MSF) juga terpaksa mengambil langkah serupa seperti ICRC kerana serangan yang kian ganas. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Pertahanan Israel mengeluarkan amaran terakhir untuk pemindahan paksa di Bandar Gaza
  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pelan damai untuk menghentikan perang genosid di wilayah itu
  • Penduduk Palestin yang berdegil akan dianggap sebagai sekutu Hamas
  • Pasukan Pertahanan Israel mengambil alih Koridor Netzarim yang menyekat akses kawasan utara dari selatan
  • Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menghentikan sementara aktiviti kerana hujan peluru yang semakin sengit

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!