Klinik swasta di Pahang dibenarkan beroperasi seperti biasa

Dr Sallehuddin Ishak
Dr Sallehuddin Ishak
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang membenarkan semua klinik swasta di negeri ini beroperasi mengikut waktu biasa bermula hari ini.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, arahan itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa dan langkah untuk mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan (KK).

Menurutnya, justeru kerajaan bersetuju supaya Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Perbandaran Bentong,

Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Cameron Highlands membenarkan operasi itu.

"Arahan itu berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 31 Mac atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.

"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah mengambil maklum berkenaan pindaan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, arahan itu akan diperluaskan berdasarkan perkembangan semasa.

Kelmarin, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan kerajaan Pahang mengetatkan larangan Perintah Kawalan Pergerakan dengan menutup beberapa premis perniagaan bermula jam 7 malam di lima daerah positif koronavirus (Covid-19) bermula semalam.

Artikel Berkaitan: