Media sosial pula jadi 'senjata perang' Israel

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh mengakui rejim kejam pimpinannya menjadikan platform media sosial sebagai 'senjata' untuk menyelamatkan imejnya yang kian rapuh di Amerika Syarikat (AS).
Pengakuan tentang zon perang baharu itu dibuat ketika sesi meja bulat bersama sekumpulan pempengaruh Amerika pro-Zionis di New York pada minggu lalu.
Netanyahu yang ketika ini berdepan kempen pengasingan komuniti antarabangsa berkata, Israel kononnya perlu mengukuhkan kedudukan mereka di Washington.
Menurutnya, kaedah peperangan berubah seiring dengan masa.
“Kita tidak boleh bertarung dengan pedang. Ia sudah tidak lagi berguna. Kita perlu berjuang dengan senjata yang bersesuaian di medan perang sekarang iaitu media sosial,” ujar pemimpin 'ekstremis' itu lagi.
Netanyahu juga menyorot tentang perjanjian pembelian TikTok yang bakal menyaksikan platform perkongsian video popular milik China itu jatuh ke tangan AS selaku sekutu kuatnya.
“Urus niaga paling penting sedang berlaku. Ia boleh memberi impak besar,” katanya yang jelas berharap untuk menyebarkan propaganda mengarut dan menutup kekejaman sebenar Zionis pada mata dunia.
Netanyahu turut menyebut tentang platform X yang mahu dijadikan sebagai salah satu senjata perang naratif Israel selain TikTok.
Sementara itu, pendedahan dibuat majalah dalam talian, Responsibel Statecraft menunjukkan Tel Aviv telah 'menyogok' sejumlah pempengaruh di bawah 'Influencer Campaign' untuk menjayakan perang maklumat tersebut. - Agensi
Info
- Invois yang dihantar kepada Havas Media Group Germany yang menguruskan 'Influencer Campaign' menunjukkan sebanyak AS$900,000 (RM3.8 juta) telah disalurkan bagi tempoh Jun hingga November 2025 untuk membayar kira-kira 14 hingga 18 pempengaruh yang identiti mereka tidak didedahkan.
- Dianggarkan, terdapat 75 hingga 90 hantaran sepanjang tempoh tersebut yang bersamaan bayaran berjumlah antara AS$6,143 (RM25,837) dan AS$7,372 (RM31,006) untuk setiap kiriman pro-Israel yang dimuat naik di media sosial.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengakui menggunakan media sosial sebagai 'senjata' untuk memperbaiki imej Israel di AS
- Netanyahu memahami keperluan mengukuhkan hubungan Israel dengan Washington dalam menghadapi kempen pengasingan komuniti antarabangsa
- Teknik peperangan telah berubah kepada perebutan pengaruh dalam media sosial
- Israel merancang untuk menggunakan platform seperti TikTok dan X sebagai alat untuk menyebarkan naratif pro-Israel
- Israel dikatakan telah menyogok pempengaruh media sosial melalui 'Influencer Campaign' dengan perbelanjaan sampai RM3.8 juta untuk mempengaruhi opini publik
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

