Anak Netanyahu putus tunang akibat perang Israel-Iran

Avner Netanyahu bersama bekas tunangnya, Amit Yardeni. Foto: Agensi
Avner Netanyahu bersama bekas tunangnya, Amit Yardeni. Foto: Agensi
A
A
A

TEL AVIV- Avner Netanyahu, anak bongsu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, secara rasmi menamatkan pertunangannya dengan Amit Yardeni pada September 2025, tiga bulan selepas pertunangan mereka ditangguhkan buat kali kedua akibat perang Israel-Iran.

Menurut laporan The Times Of Israel pada Khamis, pasangan ini, yang telah bersama selama dua tahun pada asalnya merancang berkahwin pada November 2024, namun menangguhkan majlis kerana bimbang keselamatan selepas serangan dron Hizbullah ke atas salah satu kediaman Perdana Menteri.

Majlis perkahwinan dijadual semula pada 16 Jun 2025, tetapi dibatalkan sekali lagi selepas Israel melancarkan serangan ke atas sasaran nuklear dan ketenteraan Iran.

Kejadian itu menyebabkan berlakunya sekatan oleh Home Front Command turut menghalang sebarang perhimpunan di seluruh negara.

Sumber rapat pasangan itu memberitahu bahawa Avner “memerlukan masa untuk berfikir” dan telah berpindah keluar dari apartmen yang mereka kongsi.

Pada April lalu, pasangan itu mengadakan majlis henna, upacara pra-perkahwinan tradisional komuniti Yahudi Maghribi seperti Yardeni.

Majlis perkahwinan ini turut menimbulkan kontroversi apabila aktivis antikerajaan merancang demonstrasi berhampiran lokasi majlis. Langkah keselamatan diambil termasuk penutupan jalan, pemasangan dawai berduri, dan ruang udara hanya dibenarkan untuk helikopter polis.

Avner, 30 tahun, mengekalkan profil rendah berbanding abangnya, Yair Netanyahu, yang terkenal dengan kenyataan kontroversi di media sosial dan terlibat dalam beberapa kes undang-undang. Mereka juga mempunyai seorang kakak, Noa Netanyahu-Roth, hasil perkahwinan pertama ayah mereka.- Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Avner Netanyahu menamatkan pertunangannya dengan Amit Yardeni pada September 2025
  • Pasangan tersebut asalnya merancang berkahwin pada November 2024 namun ditangguhkan akibat serangan dron Hizbullah
  • Majlis perkahwinan dibatalkan sekali lagi setelah Israel menyerang sasaran nuklear Iran pada Jun 2025
  • Perhimpunan dilarang di seluruh Israel menyusul serangan tersebut
  • Avner memerlukan masa berfikir dan berpindah keluar dari apartmen yang dikongsi dengan Amit Yardeni

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!