Jerman gesa Israel elak serang konvoi bantuan Flotilla Sumud Global ke Gaza

BERLIN - Jerman pada Isnin menggesa Israel supaya tidak menyerang Flotilla Sumud Global yang sedang belayar menuju ke Gaza dan membawa aktivis Sweden, Greta Thunberg antara penumpangnya, lapor Anadolu Ajansi.
"Matlamat kami adalah untuk mengelakkan sebarang konfrontasi ketika ini, justeru kami menyeru kedua-dua pihak mematuhi undang-undang yang terpakai…,” kata Timbalan Jurucakap Kementerian Luar, Josef Hinterseher kepada wartawan di Berlin.
Beliau memberi amaran bahawa terdapat risiko campur tangan secara ganas oleh pihak Israel bagi menghentikan flotila itu.
Konvoi bantuan antarabangsa itu kini berada kurang daripada 399 batu nautika dari Semenanjung Gaza dan dijangka tiba pada 30 Sept, menurut penganjur pada Ahad.
"Masa bergerak, dan flotila juga bergerak bersamanya - setiap minit membawa Flotila Sumud Global semakin hampir ke Gaza dan keadilan yang sewajarnya,” kata gabungan itu dalam satu kenyataan di platform media sosial X. - Bernama
Ringkasan AI
- Jerman menggesa Israel supaya tidak menyerang Flotila Sumud Global yang menuju ke Gaza
- Bawa aktivis Sweden Greta Thunberg sebagai salah satu penumpang
- Jerman ingin mengelak sebarang konfrontasi dan menyeru kedua-dua pihak mematuhi undang-undang
- Terdapat risiko campur tangan secara ganas oleh Israel
- Flotila dijangka tiba di Gaza pada 30 September
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
