Tengku Amir Shah, Afzaa Fadini selamat diijabkabulkan

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selamat diijab kabul dengan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz - Foto Selangor Royal Office
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selamat diijab kabul dengan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz - Foto Selangor Royal Office
A
A
A

KLANG – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selamat diijab kabul dengan suri hati baginda, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz dalam Istiadat Pernikahan Diraja yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di sini pada Khamis.

Istiadat itu disempurnakan oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dengan dua saksi pernikahan iaitu Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Ahmad Shah Alhaj dan Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj.

Istiadat pernikahan disempurnakan oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Dr Anhar Opir. - Foto Selangor Royal Office
Istiadat pernikahan disempurnakan oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Dr Anhar Opir. - Foto Selangor Royal Office

Selangor Royal Office dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, majlis akad nikah dimeterai tepat jam 10.08 pagi dengan sekali lafaz sebelum disusuli 11 das tembakan meriam sebagai tanda rasmi pernikahan diraja.

Istiadat yang berlangsung penuh tertib itu turut disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Majlis pernikahan diraja yang diadakan secara tertutup itu turut dihadiri kerabat Diraja Selangor, keluarga pengantin perempuan serta sahabat handai kedua-dua belah pihak.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diijab kabul dengan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah
  • Istiadat pernikahan disempurnakan oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dengan dua saksi
  • Majlis akad nikah berlangsung tepat jam 10.08 pagi dengan sekali lafaz dan disusuli 11 das tembakan meriam
  • Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menyaksikan pernikahan
  • Majlis pernikahan adalah acara tertutup yang dihadiri oleh kerabat Diraja Selangor, keluarga pengantin dan sahabat handai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!