Sultan Selangor kurnia darjah kebesaran kepada isteri Raja Muda Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Cik Afzaa Fadini Dato Abdul Aziz.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Cik Afzaa Fadini Dato Abdul Aziz.
A
A
A

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Cik Afzaa Fadini Dato Abdul Aziz.

Pengurniaan itu berlangsung selepas beliau selamat diijabkabulkan dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam majlis pernikahan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025.

Sehubungan itu, gelaran rasmi konsort kepada Raja Muda Selangor adalah Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Dato’ Hj. Mohamad Munir bin Bani D.P.M.S., J.S.D. dalam satu kenyataan pada Khamis.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, mengurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama Seri Paduka Mahkota Selangor kepada Cik Afzaa Fadini Dato Abdul Aziz
  • Pengurniaan berlangsung selepas pernikahan dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah
  • Gelaran rasmi Cik Afzaa Fadini adalah Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato' Abdul Aziz
  • Pemberian gelaran ini dilaporkan oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Dato' Hj. Mohamad Munir bin Bani
  • Majlis pernikahan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!