Van Dijk dianggap pertahanan terbaik dunia

Van Dijk dikatakan menjadi pemain penting dalam kebangkitan Liverpool.
Van Dijk dikatakan menjadi pemain penting dalam kebangkitan Liverpool.
A
A
A

LEGENDA Manchester United, Rio Ferdinand menyifatkan pemain Liverpool, Virgil van Dijk sebagai pemain pertahanan terbaik di dunia ketika ini.

Menurutnya, prestasi pemain kelahiran Belanda itu ketika ini gagal dicabar pemain pertahanan lain dan menyifatkan Liverpool amat bertuah mempunyai pemain seperti van Dijk.

“Van Dijk menjadi pemain penting di sebalik kebangkitan Liverpool. Jika anda membayangkan Liverpool dalam tempoh dua tahun ini anda akan nampak sumbangan van Dijk.

“Dia seorang pemain yang berkaliber dan memiliki sifat kepimpinan yang tinggi. Tak keterlaluan jika saya boleh labelkan dia sebagai pemain terbaik di dunia ketika ini,” katanya.

Van Dijk menyertai Liverpool daripada Southampton pada tahun 2018 dan terus menjadi watak penting kepada The Reds dalam menamatkan pemburuan 30 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selain membantu pasukan memenangi Liga Juara-Juara musim lalu.

Ferdinand menyifatkan Van Dijk sebagai pemain pertahanan terbaik di dunia ketika ini.
Ferdinand menyifatkan Van Dijk sebagai pemain pertahanan terbaik di dunia ketika ini.

Malah, prestasi van Dijk membuatkan dirinya diangkat sebagai pemain terbaik Eropah musim lalu selain tersenarai sebagai calon pemenang anugerah Ballon d’Or.

Bagaimanapun, kata Ferdinand beliau melihat kualiti lebih baik dipamerkan rakan sepasukannya ketika di United, Nemanja Vidic ketika ditanya perbandingan antara pertahan Serbia itu dan juga van Dijk.

Artikel Berkaitan:

“Van Dijk atau Vidic? Ooooh, pertanyaan bagus! Saya harus memilih Vidic kerana saya lebih mengetahui permainannya. Dia adalah rakan saya.

“Tetapi, saya juga suka Van Dijk, jangan salah faham. Saya suka dengannya. Pertahanan terbaik di dunia sekarang, sudah pasti. Saya ingin melihatnya bermain di zaman kami dan bersaing dengan kami,” katanya.