Warga emas maut dilanggar budak 11 tahun ketika lintas jalan

Gambar yang tular di media sosial berhubung kematian mangsa.
Gambar yang tular di media sosial berhubung kematian mangsa.
A
A
A

SIK - Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas enam hari terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang murid Tahun Lima dalam kejadian di sini pada 24 September lalu.

Mangsa, Zakiah Ariffin, 60, dipercayai terbabit kemalangan pada Rabu bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada Isnin, 29 September 2025.

Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang berjalan kaki manakala kanak-kanak itu menunggang motosikal dari arah Kampung Banggol Kiat menuju ke rumahnya di Kampung Namek.

"Apabila sampai di lokasi, mangsa tiba-tiba melintas dari bahu kanan ke kiri jalan. Disebabkan jarak terlalu dekat, penunggang cuba membrek dan mengelak namun terlanggar wanita berkenaan," katanya.

Menurutnya, penunggang motosikal itu terjatuh tetapi tidak mengalami kecederaan, manakala mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, kira-kira jam 9 malam pada Isnin lalu, mangsa dilaporkan meninggal dunia," katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kes terbabit dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita warga emas meninggal enam hari selepas terlibat kemalangan dengan motosikal
  • Kemalangan tersebut melibatkan murid Tahun Lima yang menunggang motosikal
  • Kemalangan berlaku di Sik pada 24 September
  • Mangsa yang berusia 60 tahun meninggal dunia pada 29 September
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!