Wanita warga emas hilang selepas keluar cari sayur di kebun sawit

Operasi pencarian di lokasi wanita warga emas (gambar kecil) dilaporkan hilang.
Operasi pencarian di lokasi wanita warga emas (gambar kecil) dilaporkan hilang.
A
A
A

JASIN - Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk mencari sayur di kawasan kebun sawit di Chabau di sini pada Selasa.

Mangsa dilaporkan keluar rumah sejak jam 2 petang dan tidak pulang sehingga malam, menyebabkan ahli keluarga menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan

Komander Operasi, PBK II Noorsyahlan Omar berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.28 malam memaklumkan kehilangan mangsa.

Pasukan bomba yang terlibat dalam operasi pencarian mangsa.
Pasukan bomba yang terlibat dalam operasi pencarian mangsa.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin digerakkan ke lokasi bersama tujuh anggota, dibantu oleh tiga anggota polis serta penduduk kampung.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dalam radius satu hingga dua kilometer di kawasan kebun sawit berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, operasi pencarian dijalankan sehingga jam 1 pagi namun mangsa masih belum ditemui.

Operasi pencarian ditangguhkan pada jam 1 pagi dan disambung semula pada jam 8 pagi ini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Wanita warga emas berusia 73 tahun hilang selepas pergi mencari sayur di kebun sawit di Chabau
  • Keluar dari rumah pada jam 2 petang dan tidak kembali sehingga malam
  • Pihak keluarga menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan
  • Pasukan bomba dan polis bersama penduduk kampung melakukan pencarian dalam radius satu hingga dua kilometer
  • Operasi pencarian ditangguhkan pada jam 1 pagi dan disambung pada jam 8 pagi keesokan harinya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!