Gempa bumi kuat landa Leyte di Filipina, gegaran turut dirasai sekitar Sandakan

Gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak kira-kira 50km barat laut dari Ormoc, Filipina dengan kedalaman 10km. Foto FB MetMalaysia
Gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak kira-kira 50km barat laut dari Ormoc, Filipina dengan kedalaman 10km. Foto FB MetMalaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter berlaku di Leyte, Filipina pada jam 9.59 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Sandakan, Sabah.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak kira-kira 50 kilometer (km) barat laut dari Ormoc, Filipina dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran itu untuk mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/NWR9oUvQoK3FsQ5j8. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter berlaku di Leyte, Filipina
  • Gegaran gempa dirasai di sekitar Sandakan, Sabah
  • Gempa terjadi pada jarak kira-kira 50 kilometer barat laut dari Ormoc, Filipina dengan kedalaman 10 km
  • Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
  • MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran mengisi borang soal selidik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!