Tiga cedera, gempa bumi 6.5 skala Richter landa Jawa Timur

Tiga orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.5 melanda Sumenep di Jawa Timur pada malam Selasa. Foto BPBD Kabupaten Sumenep
Tiga orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.5 melanda Sumenep di Jawa Timur pada malam Selasa. Foto BPBD Kabupaten Sumenep
A
A
A

JAKARTA - Tiga orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah Sumenep di Jawa Timur pada malam Selasa.

Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia dalam laporan awal pada Rabu mendedahkan gempa itu turut merosakkan 30 rumah, empat rumah ibadat dan sebuah kemudahan kesihatan.

"Bekalan elektrik di daerah Gayam terputus seketika namun kini telah dipulihkan,” kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa berlaku pada 11.49 malam waktu tempatan.

Pusat gempa terletak di bawah laut, kira-kira 50 kilometer tenggara Sumenep pada kedalaman 11 kilometer, namun tidak membawa ancaman tsunami.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di wilayah Bali termasuk Gianyar, Buleleng, Tabanan, Denpasar dan Kuta.

Di wilayah Jawa Timur, gegaran sederhana hingga kuat dilaporkan di Pulau Madura dan bandar-bandar seperti Surabaya, Banyuwangi, Situbondo, Probolinggo, Gresik dan Mojokerto, menurut BMKG. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Tiga orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.5 melanda Sumenep di Jawa Timur
  • Gempa menyebabkan kerosakan pada 30 rumah, empat rumah ibadat dan sebuah kemudahan kesihatan
  • Bekalan elektrik di daerah Gayam terputus seketika tetapi telah dipulihkan
  • Pusat gempa di bawah laut, 50 kilometer tenggara Sumenep pada kedalaman 11 kilometer, tanpa ancaman tsunami
  • Gegaran gempa dirasai di beberapa kawasan di Bali dan wilayah Jawa Timur termasuk Surabaya dan Denpasar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!