Sukarelawan bantu pengguna sebagai pemudah cara BUDI95

Sivabalan (empat dari kanan) dan sukarelawan PKR bergambar bersama-sama pengguna yang mengisi minyak menggunakan sistem BUDI95 di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Selasa.
Sivabalan (empat dari kanan) dan sukarelawan PKR bergambar bersama-sama pengguna yang mengisi minyak menggunakan sistem BUDI95 di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Selasa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kira-kira 60 sukarelawan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor digerakkan bagi membantu orang ramai yang masih keliru menggunakan sistem BUDI Madani RON95 (BUDI95).

Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, M Sivabalan berkata, skuad bantuan itu ditempatkan di enam stesen minyak terpilih di sekitar Bestari Jaya, Ijok dan Kuala Selangor sejak pagi.

"Kita faham hari pertama ini ramai pengguna belum biasa dengan cara penggunaan aplikasi atau pengesahan kad pengenalan ketika mengisi minyak.

"Setiap lokasi kita letakkan seorang penyelaras bagi memberi penerangan cara guna aplikasi, imbas kad pengenalan atau kaedah lain yang diperlukan," katanya ketika ditemui di Bestari Jaya, di sini pada Selasa.

Menurutnyaq, kehadiran skuad itu mendapat reaksi positif orang ramai yang bersyukur dapat menikmati harga istimewa RM1.99 seliter berbanding harga pasaran RM2.60 seliter.

Sivabalan berkata, inisiatif itu juga mampu mengekang ketirisan subsidi kerana hanya warganegara layak menikmati BUDI95, sekali gus memastikan manfaat sampai kepada golongan sasaran.

"Setakat ini kita belum kesan warga asing cuba isi minyak bersubsidi di kawasan ini, namun pemantauan tetap dilakukan terutama di kawasan industri seperti Puncak Alam dan Ijok," tambahnya.

Beliau pada masa sama mengingatkan orang ramai supaya memastikan lesen memandu dan kad pengenalan sentiasa sah bagi melancarkan urusan permohonan serta kelayakan subsidi.

"Kita harap program ini bantu rakyat yang layak, manakala lebihan dana subsidi pula boleh digunakan kerajaan untuk pembangunan infrastruktur dan program rakyat seperti diumumkan Perdana Menteri," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kira-kira 60 sukarelawan PKR Kuala Selangor membantu orang ramai menggunakan sistem BUDI Madani RON95
  • Skuad bantuan ditempatkan di enam stesen minyak terpilih di Bestari Jaya, Ijok dan Kuala Selangor
  • Penyelaras di setiap lokasi memberi penerangan cara guna aplikasi atau imbas kad pengenalan
  • Orang ramai bersyukur dapat menikmati harga istimewa RM1.99 seliter berbanding harga pasaran
  • Inisiatif ini bertujuan mengekang ketirisan subsidi dan memastikan manfaat sampai kepada golongan sasaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!