Global Sumud Flotilla: Tentera laut Turkiye dilapor iringi kapal GSF

BEBERAPA kapal tentera laut Turkiye dilaporkan mula mengiringi kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke Gaza.
Menerusi beberapa perkongsian yang tular di laman media sosial dan laporan media antarabangsa, kapal-kapal tersebut dilihat dirakamkan oleh peserta GSF.
Langkah itu menyaksikan Turkiye menyertai Sepanyol dan Itali yang sudah berbuat demikian beberapa hari lalu. Terdahulu, Turkiye juga telah memindahkan penumpang dari kapal Johnny M selepas kapal tersebut mula dimasuki air.
Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) tentera darat Turkiye juga dilaporkan terbang di ruang udara flotilla selama 30 jam bagi melindunginya daripada sebarang serangan. - Awani
Ringkasan AI
- Kapal tentera laut Turkiye mengiringi kapal-kapal Global Sumud Flotilla menuju ke Gaza
- Perkongsian di media sosial dan laporan media antarabangsa menunjukkan aksi tersebut
- Turkiye bertindak seperti Sepanyol dan Itali yang telah berbuat demikian beberapa hari lalu
- Turkiye memindahkan penumpang dari kapal Johnny M yang mengalami masalah
- Kenderaan udara tanpa pemandu tentera darat Turkiye mengawal flotila dari udara selama 30 jam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
