Konvoi Global Sumud Flotilla mula masuk zon kuning Gaza

Tangkap layar paparan tinjauan 'Sumud Nusantara Flotilla Tracker' pada Isnin jam 9.45 malam.
Tangkap layar paparan tinjauan 'Sumud Nusantara Flotilla Tracker' pada Isnin jam 9.45 malam.
A
A
A

SHAH ALAM - Konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilihat mula memasuki kawasan zon kuning menghampiri Gaza jam 9.40 malam pada Isnin.

Menerusi paparan tinjauan 'Sumud Nusantara Flotilla Tracker' yang dibangunkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), kedudukan terkini konvoi tersebut dilaporkan berada kira-kira 300 batu nautika dari pantai Gaza, Palestin.

Setakat jam 9.45, tiga buah kapal dilihat sudah memasuki zon tersebut termasuk Kapal Yulara, Aurora dan Alma, yang berada paling depan dalam konvoi berkenaan.

​Berdasarkan jarak tersebut, konvoi yang terdiri daripada 46 kapal itu dijangka mengambil masa kira-kira tiga hari lagi untuk tiba ke destinasi.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, misi kemanusiaan GSF dijangka berdepan situasi genting susulan kedudukan kapal yang semakin hampir dengan zon kawalan Israel dan berisiko tinggi dihalang ketika menuju ke Gaza.

Ujar beliau, susulan itu, Kementerian Luar melalui Wisma Putra akan terus memantau rapat perkembangan misi berkenaan dan menyalurkan maklumat terkini kepada keluarga aktivis yang terlibat.

Pelayaran GSF yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada hujung bulan ini dengan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara, diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla memasuki zon kuning menghampiri Gaza
  • Kedudukan konvoi dilaporkan berada kira-kira 300 batu nautika dari pantai Gaza
  • Tiga buah kapal sudah memasuki zon tersebut termasuk Kapal Yulara, Aurora dan Alma
  • Konvoi yang terdiri daripada 46 kapal dijangka mengambil masa tiga hari lagi untuk tiba ke destinasi
  • Pelayaran membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, dijadualkan tiba di perairan Gaza pada hujung bulan ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!