Misi GSF bawa cukup bekalan, hanya tempatkan kurang 10 orang satu kapal

Sani Araby
Sani Araby
A
A
A

SEPANG – Bekalan yang dibawa bagi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) diyakini mencukupi untuk diagihkan kepada penduduk di Gaza.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, ia kerana kapal-kapal terbabit tidak membawa muatan berlebihan sebaliknya hanya menempatkan antara enam hingga 10 orang sahaja bagi setiap perjalanan.

"Kapal-kapal itu sebenarnya tidaklah kecil kerana kita tidak membawa muatan berlebihan. Sebagai contoh, ada kapal yang hanya dimasukkan enam hingga sepuluh orang.

"Selain itu, kita juga ada pasukan doktor yang bersedia untuk merawat sekiranya ada ahli delegasi yang sakit," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Isnin.

Ujarnya, sebuah kapal khas turut diatur bagi menghadapi sebarang situasi luar jangka termasuk dari sudut kesihatan dan kecemasan yang mungkin berlaku sepanjang pelayaran.

“Dari segi logistik pula, kita akan melakukan penambahan dari semasa ke semasa.

"Bagi keperluan minyak, kapal observer disediakan untuk membantu memasukkan bekalan bahan api sepanjang misi berlangsung,” jelasnya.

Pelayaran GSF yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada hujung bulan ini dengan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara, diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Bekalan dalam misi Global Sumud Flotilla mencukupi untuk diagihkan di Gaza
  • Kapal-kapal tidak membawa muatan berlebihan, hanya menempatkan antara enam hingga 10 orang setiap perjalanan
  • Ada pasukan doktor yang bersedia merawat ahli delegasi sakit
  • Sebuah kapal khas diatur untuk menghadapi situasi luar jangka termasuk dari sudut kesihatan dan kecemasan
  • Pelayaran membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, dijadualkan tiba di Gaza pada hujung bulan ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!