Huawei perkenal jam pintar selaman 150 meter

Huawei mengadakan Majlis Huawei Innovative Product Launch di Astana @Bamboo Hill di Kuala Lumpur pada Isnin.
Huawei mengadakan Majlis Huawei Innovative Product Launch di Astana @Bamboo Hill di Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

HUAWEI Consumer Business Group (CBG) Malaysia memperkenalkan jam pintar terbaharunya, Huawei Watch Ultimate 2, yang direka khas untuk pengembara lasak, atlet serta golongan profesional yang menuntut ketahanan, inovasi dan kemudahan harian.

Menariknya, jam pintar berprestasi tinggi itu menjadi yang pertama di dunia menyokong selaman sehingga 150 meter selepas menerima pengiktirafan piawaian EN 13319, selain dilengkapi sistem komunikasi bawah air berasaskan sonar.

Huawei Watch Ultimate 2 hadir dengan reka bentuk mewah tetapi kukuh menggunakan logam cecair berasaskan zirkonium, bezel seramik nanokristal dwi-warna serta kaca nilam.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu hitam klasik dan biru menawan yang diinspirasikan daripada keindahan lautan dalam.

Fungsi komunikasi sonar membolehkan penyelam menghantar mesej pra-tetap dan emoji kepada pengguna lain dalam jarak 30 meter tanpa peralatan tambahan.

Turut disertakan fungsi SOS bawah air dengan jangkauan sehingga 60 meter.

Selain itu, jam ini membolehkan pengguna membuat panggilan serta memainkan muzik ketika berada di dalam air, sekali gus meningkatkan aspek keselamatan dan prestasi sewaktu aktiviti akuatik.

Dari segi kesihatan, sistem TruSense bersama modul X-TAP dan super-sensing belakang menawarkan 10 metrik utama melalui ciri Health Glance, termasuk pemantauan oksigen dalam darah (SpO₂), kadar denyutan jantung dan analisis tidur.

Jangka hayat bateri pula mampu bertahan sehingga 11 hari bagi penggunaan ringan atau enam hari untuk penggunaan tipikal.

Artikel Berkaitan:

Untuk ketepatan dan kelancaran sambungan luar, jam ini dilengkapi sistem antena khas bagi meningkatkan kekuatan isyarat, selain Huawei Sunflower Positioning dengan sokongan dwi-jalur lima sistem satelit. Ia juga menyokong fungsi eSIM, panggilan tanpa telefon serta penindasan bunyi AI untuk komunikasi lebih jelas dalam keadaan mencabar.

Ciri keselamatan lain termasuk pengesanan jatuh, SOS kecemasan dan pemantauan altitud tinggi, manakala mod golf course menyediakan lebih 17,000 peta padang golf seluruh dunia bersama fungsi profesional seperti bacaan jarak berdasarkan cerun dan ulangan trajektori.

Harga Huawei Watch Ultimate 2 bermula daripada RM3,499 dan kini dibuka untuk pra-tempahan di semua saluran rasmi Huawei, termasuk Huawei Experience Store, laman web rasmi, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Setiap pra-tempahan disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,305, termasuk Huawei FreeClip, dua tahun Huawei Care+ dan tiga bulan langganan Huawei Health+.

Dalam pada itu, Huawei turut memperkenalkan edisi baharu Huawei Watch D2 berwarna biru pada harga RM1,699. Jam pintar ini adalah yang pertama di dunia menerima pensijilan perubatan untuk pemantauan tekanan darah ambulatori (ABPM) selama 24 jam, menggunakan sistem TruSense.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu hitam klasik dan biru menawan yang diinspirasikan daripada keindahan lautan dalam.
Dua pilihan warna ditawarkan iaitu hitam klasik dan biru menawan yang diinspirasikan daripada keindahan lautan dalam.

Huawei Watch D2 turut menyokong analisis ECG beat-by-beat, pemantauan kadar denyutan jantung, tidur dan stres, selain lebih 80 mod senaman, panggilan Bluetooth serta paparan AMOLED 1.82 inci.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM228, termasuk Huawei Scale 3 dan dua tahun Huawei Care+.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti kemas kini di laman web rasmi Huawei, Facebook dan Instagram.

Ringkasan AI

  • HUAWEI Consumer Business Group Malaysia melancarkan Huawei Watch Ultimate 2 yang tahan lasak dan canggih untuk pengembara, atlet, dan profesional
  • Jam pintar ini boleh menyelam hingga 150 meter dengan sokongan komunikasi sonar bawah air
  • Diperbuat daripada logam cecair zirkonium, memiliki bezel seramik dan kaca nilam, ditawarkan dalam dua warna
  • Memiliki fungsi komunikasi sonar untuk menghantar mesej dan emoji bawah air dan fungsi SOS
  • Dilengkapi dengan bateri yang tahan hingga 11 hari, sokongan eSIM, dan lebih 17,000 peta padang golf

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!