Mohd Afandi kembali sertai misi flotilla menuju Gaza

SHAH ALAM – Bekas peserta misi flotilla ke Gaza 2018, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh disahkan menyertai pelayaran Freedom Flotilla Coalition yang kini sedang berusaha menembusi sekatan laut Israel bagi menghantar bantuan kemanusiaan terus ke Gaza.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, penyertaan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu melambangkan keberanian dan pengorbanan seorang pemimpin berpegang teguh kepada nilai kemanusiaan, solidariti serta perjuangan membela yang tertindas.
Menurut beliau, biarpun risiko yang menanti amat besar, penderitaan rakyat Palestin jauh lebih berat untuk terus disaksikan tanpa tindakan.
"Risiko yang bakal dihadapi amat besar, namun penderitaan rakyat Palestin jauh lebih berat untuk kita terus saksikan tanpa tindakan," katanya dalam hantaran di Facebook PKR pada Isnin.
Selain Global Sumud Flotilla (GSF), Freedom Flotilla Coalition merupakan antara kapal terbabit dalam misi antarabangsa yang disertai aktivis, sukarelawan dan tokoh masyarakat dari seluruh dunia dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Mohd Affandi merupakan aktivis tunggal mewakili Malaysia yang menyertai misi 'Right to A Just Future for Palestine' ke Gaza pada 2018.
Ringkasan AI
- Profesor Dr Mohd Afandi Salleh menyertai pelayaran Freedom Flotilla Coalition untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
- Nurul Izzah Anwar menganggap penyertaan Mohd Afandi sebagai lambang keberanian dan pengorbanan
- Penyertaan tersebut dihadiri dengan risiko yang besar, namun dilakukan demi menghentikan penderitaan rakyat Palestin
- Freedom Flotilla Coalition bertujuan menembusi sekatan laut Israel
- Mohd Affandi adalah aktivis tunggal dari Malaysia yang menyertai misi ke Gaza pada 2018
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

