The Helmis lancar kempen 1,000 selawat sehari, ajak doa kejayaan GSF ke Gaza

SHAH ALAM – Penyanyi, Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi melancarkan kempen 1,000 selawat sehari dengan niat memohon keselamatan serta keberkatan, khususnya buat pasukan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini dalam misi menyalurkan bantuan ke Palestin.
Kedua-kedua aktivitis yang lebih mesra dikenali sebagai The Helmis itu turut menyeru orang ramai agar menyebarkan kempen itu sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin, sekaligus mendoakan misi dapat direalisasikan.
“Kami hendak ajak anda semua bersama-sama dalam kempen 1,000 selawat sehari dengan niat agar menjadi sebab untuk kita pecahkan kepungan di Gaza dan dapat sampaikan barang di Gaza.
“Insya-ALLAH, semoga Palestin bebas dan kapal Sumud Flotilla juga selamat sampai. Semasa berselawat, niatkanlah untuk keselamatan,” kata mereka dalam satu perkongsian video di media sosial.
Pelayaran GSF yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan itu dijadualkan tiba di perairan Gaza pada hujung bulan ini dengan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.
Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara yang diterajui Muhammad Nadir Al-Nuri.
Ringkasan AI
- Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi melancarkan kempen 1,000 selawat sehari untuk keselamatan Global Sumud Flotilla di Palestin
- Kempen itu bertujuan sebagai solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin
- Mendoakan kepungan di Gaza dapat dipecahkan dan bantuan dapat disampaikan
- Pelayaran GSF membawa makanan, ubat-ubatan, dan mesej keamanan ke Gaza
- Sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara yang diterajui Muhammad Nadir Al-Nuri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

