Konvoi Global Sumud Flotilla ambil masa kurang enam jam sampai ke zon kuning

SHAH ALAM – Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza kini mengambil masa kurang enam jam untuk sampai ke zon kuning.
Berdasarkan tinjauan 'Sumud Nusantara Flotilla Tracker' yang dibangunkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), kedudukan terkini konvoi tersebut dilaporkan semakin hampir iaitu berada kira-kira 300 batu nautika daripada zon berkenaan.
Dari pantai Gaza, Palestin pula mereka kini berada pada jarak 329.5 batu nautika dan dijangka mengambil masa kira-kira tiga hari untuk sampai ke destinasi tersebut.
Sebanyak 47 bot menyertai misi berkenaan yang mana bot memulakan pelayaran dari Barcelona berada di barisan hadapan.
Bagaimanapun, beberapa bot lain yang bermula dari tempat berbeza seperti Tunisia dan Greece bergerak rapat menuju ke ' zon kuning'.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seramai 15 rakyat Malaysia menyertai pelayaran tersebut yang bermula pada 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.
Misi berkenaan merupakan sebahagian daripada GSF yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara, membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.
Ringkasan AI
- Kapal misi GSF membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sekarang kurang enam jam dari zon kuning
- Kedudukan kapal itu ialah kira-kira 300 batu nautika dari zon kuning
- Dari pantai Gaza, kapal tersebut berjarak 329.5 batu nautika dan dijangka tiba dalam masa tiga hari
- Sebanyak 47 bot menyertai misi ini dengan bot yang memulakan pelayaran dari Barcelona berada di barisan hadapan
- Seramai 15 rakyat Malaysia menyertai pelayaran ini yang bermula dari Pelabuhan Barcelona pada 31 Ogos
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

