Pekerja penyelenggara terkandas atas menara telekomunikasi angkara tebuan

Seorang pekerja penyelenggaraan terkandas di menara telekomunikasi setinggi 40 meter akibat ancaman tebuan.
Seorang pekerja penyelenggaraan terkandas di menara telekomunikasi setinggi 40 meter akibat ancaman tebuan.
A
A
A

BATU KAWAN – Seorang pekerja penyelenggaraan warga Pakistan berdepan detik cemas selepas terkandas di menara telekomunikasi setinggi 40 meter akibat ancaman tebuan di Lingkaran Cassia Selatan, Batu Kawan Industrialization Park di sini pada Isnin.

Mangsa, Muhammad Talha, 29, dilaporkan tidak dapat turun selepas mendapati serangga berkenaan berterbangan selain terdapat sarang tebuan di platform pertama menara berkenaan pada ketinggian 10 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.03 tengah hari sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan bergegas ke lokasi kejadian.

No Image Caption

“Pasukan penyelamat yang tiba terus melakukan pemantauan sebelum menaikkan pakaian kalis serangga JBPM kepada mangsa menggunakan tali keselamatan yang telah dipasang pihak penyelenggara.

“Mangsa berjaya turun dengan selamat kira-kira jam 12.33 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

John Sagun berkata, pihak pengurusan menara telekomunikasi kemudiannya mendapatkan khidmat kawalan serangga perosak bagi memusnahkan sarang tebuan tersebut.

Tambahnya, dalam kejadian itu tiada kecederaan dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pekerja penyelenggaraan warga Pakistan terkandas di menara telekomunikasi setinggi 40 meter di Batu Kawan kerana ancaman tebuan
  • Muhammad Talha, 29, tidak dapat turun setelah menemui sarang tebuan pada ketinggian 10 meter
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan dan menghantar lapan anggota ke lokasi
  • Pasukan penyelamat menaikkan pakaian kalis serangga kepadanya dan Muhammad Talha berjaya turun dengan selamat
  • Pengurusan menara telekomunikasi mengambil khidmat kawalan serangga perosak untuk memusnahkan sarang tebuan, tiada kecederaan dilaporkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!