Pendakwah kongsi detik cemas lihat peluru berpandu dipintas di langit Madinah

Tangkap layar hantaran dimuat naik Abdullah Khairi pada Jumaat. Kredit/TikTok @ustazabdullahkhairi
Tangkap layar hantaran dimuat naik Abdullah Khairi pada Jumaat. Kredit/TikTok @ustazabdullahkhairi
A
A
A

ARAB SAUDI - Selepas tular beberapa video menunjukkan peluru berpandu memasuki ruang udara kota Makkah dan Madinah, pendakwah terkenal dari Malaysia, Abdullah Khairi turut berkongsi kejadian sama.

Beliau menyaksikan sendiri insiden peluru berpandu dipintas pasukan pertahanan Arab Saudi di langit Madinah.

“Suasana malam di Masjid Quba (sambil menunjukkan kejadian).

“Peluru berpandu dipintas di langit Madinah,” katanya ringkas menerusi hantaran di TikTok pada Jumaat.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, Abdullah yang membawa jemaah menunaikan umrah terlihat panik dengan kejadian berkenaan.

Kelihatan jemaah lain menjerit ketakutan sebaik mendengar dentuman kuat akibat pintasan peluru berpandu tersebut.

Sebelum ini, warganet yang menjalani ibadah umrah turut memuat naik hantaran sama dan menceritakan terdapat cahaya terang seakan-akan bebola api besar di udara sebelum disusuli bunyi letupan.

Ia dipercayai peluru berpandu yang berjaya dipintas pasukan pertahanan Arab Saudi hingga menyebabkan serpihannya jatuh di sekitar Madinah.

Ada yang berpendapat peluru berpandu atau dron itu milik angkatan bersenjata Yaman yang sedang menuju ke Israel.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, tiada laporan rasmi atau pengesahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi berhubung serangan peluru berpandu atau kejadian letupan di kawasan tersebut.

Keadaan keselamatan di Madinah dilaporkan kekal kondusif dan terkawal.

Ringkasan AI

  • Video tular menunjukkan peluru berpandu memasuki ruang udara Makkah dan Madinah
  • Abdullah Khairi menyaksikan insiden peluru berpandu dipintas di Madinah
  • Jemaah umrah panik mendengar dentuman kuat akibat pintasan peluru berpandu
  • Serpihan peluru berpandu jatuh di sekitar Madinah selepas berjaya dipintas
  • Keadaan keselamatan di Madinah kekal kondusif dan terkawal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!