PRK Cameron Highlands: SPRM siasat aktiviti politik wang

erita (kanan) menyandang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) menggantikan Narenasegaran (kiri) sambil disaksikan Mohamad Fuzi.
erita (kanan) menyandang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) menggantikan Narenasegaran (kiri) sambil disaksikan Mohamad Fuzi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung aktiviti politik wang ketika kempen PRK Parlimen Cameron Highlands kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah bermesyuarat berhubung perkara ini beberapa hari lalu.

"Isu berkaitan kewangan ini akan disiasat SPRM manakala polis akan menekankan isu keselamatan.

"Buat masa ini PRK berjalan lancar dan polis akan terus pantau sehingga tamat PRK ini," katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Dan Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan).

Dalam majlis yang berlangsung di Menara 2 Bukit Aman ini, Datuk Nerita Yaacob akan menyandang jawatan tersebut menggantikan Datuk T Narenasagaran yang dilantik menjadi Ketua Polis Pulau Pinang.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Politik wang: SPRM minta buat laporan ]

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyarankan mana-mana pihak yang mempunyai bukti dan melihat secara langsung aktiviti politik wang ketika kempen PRK Parlimen Cameron Highlands membuat laporan polis.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan

Artikel Berkaitan:

penularan gambar seorang wanita yang memakai baju berlogo PH memberi wang kepada beberapa pemuda yang memakai baju sama.

Tindakan itu pantas mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Begitu pun, PH menegaskan wang diagihkan dalam gambar yang tular di media sosial merupakan pembayaran balik penampungan kos petrol kepada sukarelawan-sukarelawan mereka.

Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH, Arvind Bharet berkata, sukarelawan-sukarelawan itu datang dengan motosikal sendiri dari rumah mereka di kawasan pedalaman ke Tanah Rata pada hari penamaan calon.