Covid-19: Karangkraf lakukan kerja pembersihan bangunan

Kerja-kerja pembersihan di bangunan Kompleks Kumpulan Karangkraf yang dilakukan pagi tadi.
Kerja-kerja pembersihan di bangunan Kompleks Kumpulan Karangkraf yang dilakukan pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM – Kumpulan Karangkraf mengambil langkah proaktif dengan melakukan pembersihan bangunan Kompleks Kumpulan Karangkraf pagi tadi.

Kerja-kerja membasmi kuman itu dilakukan selepas Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang menjadi salah seorang panel dalam program Wacana Sinar Harian pada 12 Mac lalu disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Menurut Eksekutif Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Harta Kumpulan Karangkraf, Ahmad Fauzi Yusop, semua kakitangan tidak dibenarkan berada di bangunan berkenaan bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dibuat.

“Kerja-kerja pembersihan ini mengambil masa kira-kira enam jam dan melibatkan keseluruhan bangunan bagi memastikan kawasan persekitaran betul-betul bersih.

“Kakitangan Sinar Harian yang terpaksa bekerja di pejabat hanya dibenarkan memasuki bangunan selepas kerja-kerja pembersihan siap sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, walaupun setakat ini tiada kakitangan disahkan positif Covid-19, namun pihak pengurusan sentiasa menitikberatkan kesihatan pekerjanya.

Kerja pembersihan mengambil masa kira-kira enam jam dan melibatkan keseluruhan bangunan bagi memastikan kawasan persekitaran betul-betul bersih.
Kerja pembersihan mengambil masa kira-kira enam jam dan melibatkan keseluruhan bangunan bagi memastikan kawasan persekitaran betul-betul bersih.

“Kumpulan Karangkraf sentiasa komited melaksanakan langkah-langkah perlu mengikut saranan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelakkan penularan wabak ini khususnya di bangunan Kompleks Kumpulan Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

“Kita berharap agar usaha ini dapat membantu membendung kes ini,” katanya.

Tambah Ahmad Fauzi, syarikat turut mengehadkan aliran keluar masuk orang luar ke ibu pejabat dalam mempertingkatkan kawalan keselamatan dan tahap kesihatan selain turut menjalankan saringan kesihatan serta pemeriksaan suhu di pintu masuk bangunan.

Katanya, kakitangan turut disediakan dengan topeng muka dan cecair pembasmi kuman sebagai langkah berjaga-berjaga.

“Ini antara inisiatif diambil oleh Kumpulan Karangkraf bagi menjaga kebajikan kakitangan dalam membendung kes ini,” katanya.