Undi belia: Penentu senyap kerusi marginal Sabah

PRN Sabah kali ini bukan sekadar soal siapa menang tetapi siapa benar-benar berani mempercayai belia sebagai pemegang masa depan negeri. Foto hiasan
PRN Sabah kali ini bukan sekadar soal siapa menang tetapi siapa benar-benar berani mempercayai belia sebagai pemegang masa depan negeri. Foto hiasan
A
A
A

DI SABAH, masa depan politik boleh ditentukan hanya dengan lima hingga 10 peratus undi belia di kerusi marginal.

Inilah segmen disebut sebagai critical voters segment atau segmen pengundi kritikal – satu blok baharu yang kini menjadi penentu kalah menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Wajah baru segmen kritikal

Gabungan Undi18 dan second-time voters (pengundi kali kedua) melahirkan kelompok pengundi semakin matang, skeptikal serta tidak lagi terikat dengan parti.

Mereka menilai calon dan parti berdasarkan isu praktikal – peluang kerja, internet, kos sara hidup, air, elektrik, jalan dan integriti pentadbiran.

Naratif ideologi dan politik pecah perintah semakin hilang taringnya. Di kerusi-kerusi marginal seperti Penampang, Tuaran, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Keningau, Tenom, Beluran, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Putatan, belia inilah yang memegang peranan sebagai kingmaker.

- Aspirasi belia di kawasan marginal

Urban dan separa bandar (Penampang, Tuaran, Sandakan, Putatan) – belia profesional dan kelas menengah menuntut kerja berkemahiran, kos sara hidup terkawal, integriti wakil rakyat serta peluang digital.

- Pantai Timur (Lahad Datu, Semporna, Tawau) – belia Bajau, Suluk, Bugis dan pekerja sawit lebih peduli isu keselamatan ESSZone, dokumentasi stateless, peluang TVET dan kos sara hidup.

Artikel Berkaitan:

- Pedalaman (Keningau, Tenom, Beluran, Pitas) – belia kampung B40 dan pelajar tani mahu penyelesaian segera isu air, elektrik, jalan, biasiswa pendidikan serta harga hasil pertanian.

- Campuran/kingmaker (Kota Marudu, Kudat) – belia nelayan dan tani, dengan isu tanah adat, harga hasil serta peluang pelancongan komuniti menjadi fokus.

- Selain itu, isu perubahan iklim, tanah adat dan kemusnahan alam juga semakin dekat dengan generasi muda Sabah. Kesemua aspirasi ini menuntut penyelesaian, bukan lagi janji mega yang tinggal slogan.

Bagaimana parti boleh (atau gagal) menguasai mereka?

– Parti pemerintah ada kelebihan kuasa sumber tetapi berisiko dihukum jika gagal menyelesaikan isu asas. Projek jalan, paip air dan internet yang tidak sampai ke kampung akan memakan balik undi mereka.

– Parti pembangkang pula sering menekankan retorik menukar kerajaan. Namun, tanpa penyelesaian praktikal seperti pelan dokumentasi Bajau Laut, blueprint pekerjaan belia atau strategi ekonomi setempat, mereka akan dilihat tidak serius.

– Parti berasaskan etnik/agama berdepan cabaran besar kerana politik pecah perintah semakin ditolak oleh belia multi-etnik Sabah. Naratif inklusif lebih mudah diterima.

Strategi ampuh menawan segmen kritikal

- Deliverables cepat – contoh, projek asas ‘100 kampung 100 hari’ atau 10,000 peluang TVET dengan jaminan kerja.

- MA63 ke poket rakyat – autonomi mesti diterjemahkan dalam bentuk biasiswa, geran belia dan projek siap, bukan sekadar wacana.

- Engagement mikro – townhall kampus, kolaborasi dengan influencer tempatan dalam dialek Sabah dan medium digital seperti TikTok serta Facebook.

- Platform belia sebenar – beri kuasa mengurus projek komuniti, bukan sekadar melantik mereka jadi alat kempen.

Undi18 dan second-time voters Sabah kini ialah segmen pengundi kritikal yang menentukan nasib kerusi-kerusi marginal.

Mereka bukan pengikut buta tetapi pengundi rasional yang menilai siapa mampu menyelesaikan masalah asas.

Jika tujuh daripada 12 kerusi marginal beralih warna kerana faktor belia, landskap politik Sabah boleh berubah sepenuhnya.

PRN Sabah kali ini bukan sekadar soal siapa menang tetapi siapa benar-benar berani mempercayai belia sebagai pemegang masa depan negeri.

* Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!