Rakyat Malaysia beruntung, RON95 kini RM1.99 seliter

Ahmad (dua dari kiri) meninjau pelaksanaan BUDI95 bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah di sebuah stesen minyak di Kampung Sungai Naga, Api-Api.
Ahmad (dua dari kiri) meninjau pelaksanaan BUDI95 bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah di sebuah stesen minyak di Kampung Sungai Naga, Api-Api.
A
A
A

PONTIAN – Rakyat Malaysia berpeluang menikmati harga petrol terendah di rantau ini apabila RON95 kini dijual pada RM1.99 seliter selepas subsidi diumumkan kerajaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, harga di negara ini jauh lebih rendah berbanding negara jiran, termasuk Arab Saudi (RM2.61 seliter), Indonesia (RM3.22), Filipina (RM4.22), Thailand (RM5.68) dan Singapura (RM9.02).

Menurut beliau, subsidi ini adalah bukti kerajaan menepati janji untuk meringankan beban rakyat.

“Rakyat Malaysia beruntung kerana semua golongan mendapat manfaat, tanpa mengira pendapatan. Hanya bukan warga negara dan syarikat besar tidak layak.

"Ini menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tunaikan janji. Lama rakyat menunggu, dan akhirnya janji ini dapat ditunaikan,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu ditemui selepas meninjau pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95) bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah di sebuah stesen minyak di Kampung Sungai Naga, Api-Api.

Beliau menambah, perincian pelaksanaan subsidi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

“Ini jelas menunjukkan kerajaan komited memastikan kesejahteraan rakyat,” tambahnya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rakyat Malaysia menikmati harga petrol RON95 terendah di rantau ini pada RM1.99 seliter selepas subsidi diumumkan oleh kerajaan
  • Harga petrol di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara jiran seperti Arab Saudi, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura
  • Subsidi petrol adalah bukti kerajaan menepati janji untuk meringankan beban rakyat
  • Semua golongan rakyat Malaysia mendapat manfaat dari subsidi petrol kecuali bukan warga negara dan syarikat besar
  • Perincian pelaksanaan subsidi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat, menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!