Penduduk Kampung Jawa terpalit kesan kelewatan WCE

Penduduk Kampung Jawa terpaksa menanggung kesesakan, pencemaran dan risiko kemalangan akibat kelewatan.
Penduduk Kampung Jawa terpaksa menanggung kesesakan, pencemaran dan risiko kemalangan akibat kelewatan.
A
A
A

KELEWATAN penyelesaian isu tanah di Seksyen 3 Kampung Jawa bukan sekadar menangguhkan sebuah projek lebuhraya, ia sedang mengganggu keselamatan dan keselesaan ribuan penduduk di kawasan sekitar yang terlibat setiap hari.

Apabila kerja-kerja WCE terhenti di kawasan ini, aliran trafik berat yang sepatutnya menggunakan laluan baharu terpaksa melalui jalan-jalan sedia ada.

Akibatnya, penduduk Kampung Jawa dan kawasan berdekatan kini menjadi laluan lori dan kenderaan berat. Bunyi bising berpanjangan, pencemaran udara, dan kesesakan jalan raya telah menjadi rutin harian penduduk. Pengguna motosikal dan pejalan kaki terdedah kepada risiko kemalangan yang lebih tinggi.

Keadaan ini turut menjejaskan perniagaan kecil di kawasan sekitar yang sekian lama tidak lagi merasakan suasana selamat dan tenteram.

Jalan-jalan utama yang sebelum ini lebih lapang kini menjadi semakin sempit akibat penghadang jalan yang dipasang, menyebabkan kesesakan berlarutan.

Kenderaan berat yang bertali arus menambah lagi kesesakan dan menjadikan akses keluar-masuk ke premis perniagaan sukar serta berbahaya.

Tambahan pula, operasi perniagaan akan terjejas dan penduduk di kawasan berhampiran tidak selesa untuk bergerak.

Akibatnya, kualiti hidup masyarakat setempat semakin merosot walaupun mereka sama sekali tidak bersalah dalam kelewatan projek ini.

Dalam ucapan sempena Hari Tanah Negara 2025 yang lalu, dinyatakan bahawa tanah Persekutuan perlu diurus secara cekap dan lestari agar manfaatnya dapat dinikmati rakyat.

Artikel Berkaitan:

Sebaliknya, penduduk Kampung Jawa hari ini masih menanggung kesesakan, pencemaran dan risiko kemalangan yang semakin meruncing akibat isu tanah yang belum diselesaikan.

Hanya kerana kira-kira 150-meter tanah yang belum diselesaikan, penduduk sekitar terus menanggung beban yang sepatutnya dapat dielakkan.

Pampasan telah dibayar, undang-undang telah dipatuhi dan kuasa ada di tangan pihak berkuasa. Kini yang dinanti adalah tindakan.

Oleh itu, pihak kerajaan perlu bertindak segera untuk menyelesaikan isu ini, bukan sahaja demi kelancaran ekonomi dan logistik, tetapi juga untuk memulihkan keselamatan dan keselesaan penduduk Kampung Jawa dan kawasan sekitarnya.

*Rintihan Anak Banting

Ringkasan AI

  • KELEWATAN penyelesaian isu tanah mengganggu keselamatan dan keselesaan penduduk Kampung Jawa
  • Aliran trafik berat terpaksa melalui jalan-jalan sedia ada menyebabkan kesesakan dan pencemaran
  • Penduduk terdedah kepada risiko kemalangan, kesesakan mempengaruhi perniagaan kecil
  • Kualiti hidup masyarakat setempat merosot akibat kelewatan projek
  • Kerajaan perlu bertindak segera untuk menyelesaikan isu bagi memulihkan keselamatan dan keselesaan penduduk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!